~Sertai Saya~

Tuesday, April 21, 2009

Aku, Kamu dan Dia

saya sayang kamu
saya sayang DIA
Tanpa DIA kita tak mungkin bersua
Kerana DIA saya mampu lihat kamu
Kerana DIA saya boleh lihat dunia

saya sayang kamu
saya juga sayang DIA
DIA yang mengajar tentang semua
Tentang kehidupan
Tentang manusia
Tentang kamu

Jangan kamu pisahkan
Antara saya dan DIA
Andainya saya..
kau tinggalkan
saya hanya di gelar...
"bekas" kekasih...

Tapi.............

Jika saya tinggalkan DIA
Tiada 'bekas' untukku
Tiada 'bekas' untuknya

Kerana.............

Darah merah yang mengalir
adalah darah DIA.....

kemaafan darimu .. ku pinta
saya tidak sayang kamu
Tanpa restu dari DIA
saya tidak akan sayang kamu
Tanpa keredhaan NYA.

nuar89-iluvislam.com

Friday, April 10, 2009

JANGAN TEGUR-BE SILENT-


Hari Khamis baru-baru ini 9.4.09 aku dan kak lia, eni dan sr pergi menonton filem ‘Jangan Tegur’. Bagi aku memang tak rugi menonton filem ini, yang ruginya kalau dah bayar RM9.00 masuk panggung tak tengok semua babak. Dengan kata mudah…banyak tekup muka dari menonton..huhu..Filem ini aku bagi 4 bintang dari 5 bintang. Ceritanya tak berat dan mudah untuk difahami.

Ikutkan di awal2 cerita memang dah mula saat-saat menakutkan. Saat Julia Ziegler mengalami kejadian aneh sebelum kemalangan. Julia banyak bermain dengan perasaan ekoran kejadian yang menimpanya setelah kemalangan. Dia sering dihantui oleh bayangan Baizura(lakonan Nadia Mustapha) yang sering muncul di saat dia ketakutan, ini membuatkan suaminya lakonan Pierre Andre merasakan perubahannya yang begitu ketara sehinggakan Julia dibawa berubat dengan seorang Ustaz.

Berikut ialah antara babak yang ada dalam cerita ini. Maaflah, terdapat satu gambar kabur kerana resolusi rendah kamera telefon bimbitku. Yang lain 'copy' saja..heheheh

Ini antara babak-babak Baizura(Nadia Mustapha) dirasuk. Gambar 1 dari kiri semasa dia menunduk berbalas dialog antara manusia dan syaitan dengan cuba melawan ustaz yang cuba memulihkannya. Gambar kedua apabila dia diapit untuk diubati dengan keadaan muka yang mengerikan dan menyeramkan. Sudahla sejuk dalam panggung lagi tambah menggeletar lutut kaki dengan keseramannya.



Terdapat satu babak di mana Julia terdengar suara tangis selepas keluar dari tandas sewaktu dia di hospital, dia cuba mencari suara tersebut sehinggalah di suatu ruang melalui pintu berhampiran dengan tandas itu dia menemui suara tersebut..dan adegan seterusnya anda saksikan sendiri di pawagam. Gambar atas ni kononnya aku nak ambik gambar ustaz tu saja sewaktu dia merawat Julia. Tapi disebabkan terkejut dengan Julia yang tiba2 berdiri di sebelah ustaz tu terus ter’snap’ sama adegan dia menghampiri ustaz tu. Dahlah dengan wajah dan badan biru2, hodoh, giginya…yarks..dialog yg aku ingat lebih kurang begini “Andai engkau manusia bekerjasama dengan aku, aku akan bagi semuanya…semuanya”, dialog Julia yang sedang dirasuk

( Begitulah syaitan yang tak akan berhenti-henti menyesatkan manusia agar sama-sama terjurumus ke Neraka.)..mak aiii..seram tengok dia keliling ustaz ni dengan terjeli-jelir lidah. Adegan seterusnya..tonton sendiri..huhuhu..

Semuanya kerana dendam dan tamak ingin menguasai sesuatu kemewahan dengan cara mudah. Akhirnya memakan diri sendiri. Moralnya tak perlulah kita terlalu tamak dengan orang yang sepatutnya mendapat haknya. Dan anda yang selalu memandu di tengah-tengah malam tu hati-hatilah ye..banyakkan membaca ayat-ayat al-Quran sebagai pelindung bukan sahaja mengelak dari gangguan syaitan malah gangguan manusia.

Malam tu sebelum tidur teringat jugalah adegan Julia berubah wajah tu..huhuhu..namun ku kuatkan semangat baca doa dan jangan fikirkan sangat..ia hanya lakonan semata-mata. Dan akhirnya aku tenggelam dalam lena kegelapan malam.

Sekian…Silalah menonton..


Tuesday, April 7, 2009

Manusia , Malaikat , Syaitan ...

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir;MANAR ISLAM

*Kiriman emel daripada sahabatku - Dalila~MrsFirdaus~

Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz



Manusia - Nak makan, laparlah ??

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....

Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..

Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.


Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.
.
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..

Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?


Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....

Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Friday, April 3, 2009

Si Gadis & Solat Sunat Istikharahnya

Salam semua..

Hari ini aku nak menceritakan fadilat solat istikharah dalam ingin mendapatkan penyelesaian segala keraguan di hati. Sesungguhnya hanya kepada Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani terhadap umatnya. Hanya kepadanya kita berserah, kepadaNya juga kita kembali.

Berbalik pada topik yang ingin aku rungkaikan di atas, solat istikharah ini banyak membantu seseorang dalam memohon petunjuk daripada Allah S.W.T tidak kira dalam apa jua keadaan maupun kebuntuan. Tidak kiralah samada untuk mengetahui adakah benar seseorang itu  jodoh kita atau tidak, memastikan pilihan dalam pekerjaan antara yang terbaik, hendak mendapatkatkan kepastian sesuatu perkara mana yang baik maupun yang buruk  dan segala kebuntuan di dalam hati eloklah diselesaikan dengan mengamalkan solat ini selain kita meminta nasihat dari orang sekeliling.

Di sini, saya nak menceritakan antara kelebihan solat ini berdasarkan pengalaman seseorang dalam blog beliau beberapa hari sudah yang saya lawati. Apa yang diceritakan di situ ialah:


Ada seorang gadis yang berkenalan dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai ‘A’. Mereka berkawan rapat sehinggalah berpacaran setelah sekian lama. Namun, setelah sekian lama mengenali hati budi masing-masing maka pada suatu hari berlakulah insiden yang tidak diduga iaitu perselisihan antara si gadis  dan teman lelakinya…

Setelah beberapa ketika, gadis ini pula berkenalan dengan si ‘B’ dalam ingin melupakan segala kenangan bersama jejaka si ‘A’ dan untuk merawat hati yang lara. Setelah beberapa lama, maka berputiklah bibit-bibit hubungan tersebut dengan  terikatnya ikatan pertunangan.

Namun, pada suatu hari dengan tidak disangka-sangka, berlaku pertemuan tidak diduga antara gadis tersebut dengan bekas teman lelakinya si ‘A’. Setelah dibawa berbincang, akhirnya barulah segala kebuntuan selama ini terlerai iaitu berlaku salah faham antara mereka.

Setelah berapa ketika, si  gadis merasakan hatinya masih pada si ‘A’ walaupun dia telah bertunang. Baginya, inilah keputusan yang begitu sukar yang harus dihadapinya dalam menentukan masa depannya yang masih panjang. Lantas si gadis memberitahu kepada kedua ibubapanya dengan  menyatakan hasrat ingin memutuskan pertunangan dengan si ‘B’. Namun, ibubapa gadis berkenaan membantah dan minta diteruskan saja ikatan tersebut..

Si gadis terus berada di dalam kebuntuan, lantas pada sepertiga malam dia melaksanakan solat istikharah semoga diberikan petunjuk siapa yang harus dipilihnya. Tiba keesokannya dia masih belum mendapat kepastian, lantas malam berikutnya dia terus melaksanakan solat sunat istikharah. Akhirnya pada suatu hari, terungkai juga segala kebuntuan, rupa-rupanya jejaka si ‘B’ sudah bekeluarga dan mempunyai anak dengan perakuan sendiri daripada  jejaka ‘B’. Ikatan pertunangan diputuskan dan akhirnya gadis berkenaan berasa begitu bersyukur kerana Allah telah menunjukkan jalan-jalan kebenaran. Berbahagia juga akhirnya si gadis bersama jejaka yang disayangi.


Seronok bukan, andai bisa ku ketemu bahagia sepertimana gadis berkenaan. Biarlah pada masa ini aku berbahagia dengan kedua ibubapaku, rakan-rakan seperjuangan dan orang-orang disekelilingku. Semoga aku dipertemukan dengan si ‘dia’ yang bakal membimbingku dalam mengaharungi hari-hari mendatang dan berbahagia selamanya di dunia dan di akhirat…SEMOGA SINAR-SINAR KEBAHAGIAAN BISA MENYULUHKU DALAM MENGHARUNGI SEGALA ONAK DAN RANJAU BERLIKU..-ROME WAS NOT BUILD IN A DAY’-KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK TANPA USAHA YANG BERTERUSAN…

Sekilan dulu nukilanku, semuanya tulus dari hati yang mulus dan suci..Semoga ianya memberi manfaat bersama..insya-Allah…


Thursday, April 2, 2009

Doa Dipermudahkan Jodoh

Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku, dan usirlah dia dari relung hatiku..
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah, satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih, dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku, luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

Wednesday, April 1, 2009

Virus serang Internet sempena April Fool

LONDON - Para pemilik komputer disaran supaya berwaspada berikutan virus Conficker dipercayai akan menyerang Internet hari ini bersempena 'hari penipuan' atau April Fool, lapor sebuah akhbar semalam.

Virus yang sudah menjangkiti lebih 10 buah komputer di seluruh dunia itu dibimbangi boleh melumpuhkan sistem jaringan Internet.

Pakar-pakar memberi amaran virus itu boleh digunakan untuk mencari dan mencuri nombor dan kata laluan kad kredit atau melumpuhkan laman web seperti Google.

"Komputer-komputer yang dijangkiti Conficker akan menjadi rangkaian komputer zombie dan boleh digunakan untuk menghantar e-mel atau menyerang laman web lain," kata seorang pegawai di firma keselamatan Internet Sophos, Graham Cluley.

Pengeluar perisian komputer terbesar di dunia, Microsoft sudah menawarkan perisian percuma untuk memusnahkan virus itu. - Agensi

p/s: Berhati-hatilah dengan sebarang 'attachment' dari internet kerana ia mungkin menjahanamkan komputer anda.. Beringat sebelum kena, waspada sebelum sebarang kemungkinan..

Petikan dari surat khabar KOSMO online, bertarikh 1-April-09

Apa ada pada 'MAIHANI' ?

MAIHANI
MMesra
AAmanah
IIkhlas
HHarum
AAlim
NNaif
IIdealistik
Apa ada pada nama?

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker