~Sertai Saya~

Thursday, May 28, 2009

QARIN, "KEMBAR" TANPA DISEDARI




Qarin ialah perkataan Arab yang bermaksud teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat daripada kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi.

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Qarin juga menggoda manusia menampakkan hal-hal yang buruk dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjeru­muskan manusia dan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyai qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.

Dalam surah al-An'am: 112 Allah S.W.T berfirman maksudnya:

"Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu".

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermak­sud:

"Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan den­gan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya, maka tidak­lah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan".

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya:
Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah ranha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah”. Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam”. (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan”. (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah syaitan yang senti­asa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, man­akala qarin (iblis dan syaitan) tadi adalah penung­gangnya. Demikianlah perbandingan yang diberi oleh Rasulullah S.A.W.

Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penung­gang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat.

Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwav­atkan dalam kitab sahihnya bahawa Rasulullah S.A.W ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa A.S dan ibun­ya Maryam berdasarkan

firman Allah dalam surah Ali-Imran: 36 yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya daripada syaitan yang direjam."

Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menung­gu maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaik-baik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gang­guan iblis dan syaitan."

Daripada Abu Rafi R.A (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah S.A.W) ia berkata Yang maksudnya:

"Aku lihat Rasulullah S.A.W membaca azan solat di telinga Husain bin Ali ketika Fatimah R.A melahirkannya".

Menurut kepercayaan keagamaan orang Mesir pada zaman lampau, qarin ialah makhluk kedua dalam setiap individu, atau secara umumnya sebagai teman, rakan dan syaitan. Dengan kata lain, qarin umumnya dipercayai sebagai hantu, syaitan atau jin yang lahir bersama-sama bayi dan akan menjadi teman sepanjang hidup.

Kepercayaan orang-orang Islam di Afrika Utara terhadap qarin berkait rapat dengan kepercayaan orang-orang Mesir. Jin yang terdiri daripada jantina yang berlainan menjadi rakan pada roh. Sekiranya bayi yang lahir itu lelaki, maka qarin itu dianggap sebagai kakak, begitulah sebaliknya. Qarin dikatakan tidur dengan kembarnya dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi. Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat daripada orang itu.

Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

So,tatkala korang bersendirian jgn lupa yang anda sedang ditemani dan diperhatikan oleh banyak "mata"..^_^



Kiriman e-mel daripada Adik Fairuz Bt Nasaruddin(DIT)...

KATA-KATA MUTIARA NABI IDRIS...

Koleksi Kisah Dalam Islam"Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang terdapat di dalam Al-Quran. Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." (Maryam 19:56-57)
Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith.
Nabi Idris menurut sementara riwayat bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah serta membeeri beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamat diri darii seksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai usia 82 tahun.
Diantara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah:
1 . Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan.
2 . Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.
3 . Bila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian pula puasa dan solatmu.
4 . Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntup sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
5 . Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah.
6 . Janganlah iri hati kepada orang-orang yang baik nasibnya, karena mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kebaikan nasibnya.
7 . Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.
8 . Tanpa membagi-bagikan nikmat yang diperolehnya seorang tidak dapat bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehnya itu.
Dalam hubungan dengan firman Allah bahawa Nabi Idris diangkat kemartabat tinggi Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan bahawa Nabi Idris wafat tatkala berada di langit keempat dibawa oleh seorang Malaikat
Semoga kita dapat mengambil iktibar dari kata-kata mutiaranya.
Wallahua'lam bissawab

masinnya air laut x mmpu mnyerap ke dlm isi ikan...tp setelah ikan itu mati,secubit garam pun sudh cukup utk memasinkannya..begitulah hati,hati yg hdup sgt sukar utk dinodai...tp bila hati itu telah mati,dgn mudahnya dpt dinpengaruhi...itulah perumpamaan jiwa2 insan,mudah leka...lupa dan alpa..sedarlah..dan sma2 kita slg ingat m'ingati...smoga hati kita dipelihara dan terpelihara....

Monday, May 25, 2009

Syurga Cinta...


Salam buat para pengunjung blog ku yang budiman..kali ni aku nak memberi komen tentang filem arahan terbaru Ahmad Idham, idea asal tak lain tak bukan David Teo..
http://www.emocutez.comApa yang ingin aku nyatakan di sini, memang ini adalah antara karya terbaik oleh Ahmad Idham sepanjang awal tahun 2009 yang begitu menyerlah sekali..Jalan cerita yang boleh dijadikan panduan sesama kita dalam mencari jalan yang lebih diredhai yang hidup di muka bumi ini..Ia bermula, bagaimana Ilham(Awal Ashaari) yang dulunya hidup terumbang-ambing, terlampau mengejar keseronokan dunia, lupa kepada-Nya dan bagaimana akhirnya ia berubah setelah bertemu cinta yang penuh keikhlasan, ketulusan dan mengenal erti cinta sebenar setelah bertemu dengan Cikgu Syuhada(Heliza)..Filem ini ada sedihnya, dukanya, seronoknya, cintanya.. tidak kurang juga dengan lawak bersahaja yang ditampilkan oleh Awal sebagai abang kepada adik Ikmal(lakonan Hadziq Tom Tom Bak) yang petah dalam berkata2 dan sering mengucapkan 'Astagfirullahhalazim' sekiranya menyedari sebarang kesilapan yang dilakukan maupun apa yang dituturkan..

Apa yang menariknya lagi kata2 kiasan dan bait2 kata yang terungkap di dalam skrip filem ini..semuanya membawa maksud yang tersirat dan sangat berg
una dalam suatu ikatan yang berlandaskan ISLAM..http://www.emocutez.com

Antara bait2 kata yang saya suka ialah....http://www.emocutez.comkhas untuk anda pelawat blog saya..

  • "Jadilah seorang wanita di dalam kaca yang sukar disentuh, hanya orang yang mampu saja memilikinya..
  • "Allah hilangkan matahari, kemudian turunkan guruh dan petir, kita semua tertanya-tanya dimanakah matahari itu, tanpa kita sedari Allah berikan kita pelangi yang indah.."
  • "Carilah rezeki selagi kamu menongkat dunia, anggaplah sepertimana kamu mati pada esok hari.."
  • "Allah tidak memandang kepada rupa & pakaian seseorang tetapi Allah memandang pada hatinya.."
Di bawah ini merupakan skrip paling menarik sekali pada pandengaranku dan ia dituturkan oleh datuk Cikgu Syuhada kepada Ilham..

Jodoh terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama..jodoh dari syaitan, di mana si lelaki dan perempuan bertemu, berpegangan tangan dan seterusnya melakukan maksiat,si perempuan mengandung, lalu si lelaki menikahi si perempuan. Jodoh kedua ialah jodoh dari iblis yang mana si lelaki menyukai si wanita, tetapi si wanita tidak menyukai si lelaki, lantas si lelaki meminta bantuan bomoh yang menggunakan khidmat jin supaya si wanita menyukai si lelaki..lantas si lelaki menikahi si wanita berkenaan..cinta yang ketiga adalah cinta yang kekal abadi yang mana ianya cinta dr Allah s.w.t..yang mana si lelaki menikahi si wanita dengan cara yang sah dan itulah dikenali sebagai "SYURGA CINTA"..

Menarik bukan...terpulang pada pengunjung sekalian untuk menilai sendiri filem ini...Untuk pengetahuan semua aku bukanlah pergi menonton bersendirian tetapi aku pergi berenam dengan kesemua kawan baikku iaitu
Erni, Kak Lia, Azila, Aini dan Sr..tak cukup corum lagi sebenarnya..Ana tidak menyertai kami...http://www.emocutez.comKami pergi menonton di MBO Melaka Mall..

Sinopsis cerita ini dipetik dari Facebook Heliza sendiri:

Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Awal Ashaari (Irham), Heliza Helmi (Syuhadah), Hadziq (Ikmal), Hisham Ahmad Tajuddin (Datuk), Mustafa Kamal (Tan Sri Zakaria) dan Dian P.Ramlee (Pn. Sri Mahani).

Sinopsis
Irham, berusia lewat 20-an anak kepada Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan berkerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.

Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang Muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupum hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ‘misi’nya. Melihat ‘ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang.

Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari dia telah menunaikan tanggunjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma “suka-suka” dan bukanya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku??


http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Kepada anda yang teragak-agak untuk menonton filem ini jangan khuatir ia pastinya memberi impak berguna kepada kita semua dan pastinya ia tidak mengecewakan..insya-Allah...selamat menonton...Salam "Syurga Cinta"..

Sunday, May 24, 2009

CaRa SolaT



Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".


Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2..Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."


Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


Saturday, May 23, 2009

Bertemu Orang Yang Salah

**Gambar adalah sekadar hiasan...http://www.emocutez.com**

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

* ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH SWT.

* ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Dipetik dari blog Saudara Khyrul untuk penghayatan bersama...

Friday, May 22, 2009

"Ketika Cinta Bertasbih"

Salam semua buat para pengunjung blog ku..kali ni aku nak menukilkan 1 filem baru yang bakal ditayangkan dalam bulan Jun ini di seluruh Indonesia..tayangan di Malaysia aku tidak pasti bila.. Filem ini bertajuk "Ketika Cinta Bertasbih"..http://www.emocutez.com Filem ini merupakan adaptasi dari novel yang bertajuk "Ketika Cinta Bertasbih"-karya Saudara Habibburahman El Shirazy yang terdiri dari 2 siri..yang merupakan antara novel terlaris dalam rantau Asia Tenggara..
Gambar di atas menunjukkan cover hadapan novel "Ketika Cinta Bertasbih"..http://www.emocutez.comNovel ini boleh di download dari laman web berikut..sila klik di sini..Untuk lebih memahami jalan cerita filemnya, eloklah sekiranya membaca dahulu coretan cerita dari novel ini..

Sinopsis filem ini:
Ketika Cinta Bertasbih berfokus pada perjalanan tokoh Azzam (M. Cholidi Asadil Alam), seorang mahasiswa Indonesia yang menuntut ilmu di Universiti Al Azhar Kairo-Mesir. Kuliahnya tertunda selama 9 tahun setelah ayahnya meninggal dunia, sehingga demi menghadapi dirinya dan keluarganya di Solo Azzam berniaga bakso dan tempe di Kairo-Mesir. Namun dari pekerjaannya itulah, ia menjadi terkenal di kalangan KBRI di Kairo, dan mempertemukannya dengan Eliana (Alice Norin), gadis cantik-moden, puteri Dubes RI di Mesir.

Perjalanan hidup dan cinta Azzam yang berliku tidak sekadar memberikan pencerahan jiwa namun mengajak penonton untuk lebih mendalami rahasia Illahi dan mengenal erti cinta. Kehadiran Anna (Oki Setiana), seorang wanita Islam yang menggoda hati Azzam menjadi unsur yang mengikat keduanya dalam misteri cinta yang dikemas dalam sudut pandang yang sangat berbeza dari filem-filem drama romantis pada umumnya. Peran adiknya bernama Husna (Meyda Sefira), serta Furqan (Andi Arsyil)-teman kuliahnya yang juga berasal dari Indonesia dan didapati terkena jangkitan AIDS merangkum perjalanan hidup Azzam menjadi sebuah cerita yang sangat bernilai.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai filem ini sila klik di sini...

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Seperkara yang menarik tentang filem ini ialah cinta yang berlandaskan ajaran Islam dan tidak hanya mengejar keseronokan semata-semata,pengorbanan dan air mata..walaupun aku hanya menonton trailer sahaja, sudah tentu ia antara filem yang berkualiti yang bakal ditayangkan dari negara seberang..bukan aku tidak menyokong filem Malaysia, cuma ia lebih kepada keseronokan dunia dan kurang menampilkan ciri-ciri islamik yang baik maupun yang mudah difahami semua..tak semua mesej yang disampai oleh pembikin filem Malaysia sampai kepada penonton dan memberi impak yang berguna..

Berbalik kepada filem di atas..aku nak kongsi bersama antara skrip yang aku minat mendengarnya berulang2 kali dari trailer filem terbabit..


Apabila ditanya apakah pandangan Mbak Husna & Mbak ...(kurang jelas pada pendengaranku) cinta itu apa sih?

Mbak Husna(PELAKON 1):

cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar..
mengubah cuka menjadi anggur,
yang sedih menjadi riang..
mengubah amarah menjadi ramah..
mengubah musibah jadi muhibah...itulah CINTA..



Mbak ...(PELAKON 2):


sekalipun cinta telah kuhuraikan dan kujelaskan panjang lebar..
namun jika cinta pada angin..aku jadi malu pada keteranganku sendiri..

meskipun lidahku telah mampu meleraikan..
namun tentang lidah...cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitulah terbit dari samrah.... (p/s:maaf kurang jelas sebutannya)
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta...

dalam mengorahkan cinta,
akal terbaring tak berdaya bagaikan keldai berbaring dalam lumpur..
cinta semualah dan neraka cinta yang tersimpan ..

"Saya ingin seperti Fatimah puteri kandung Nabi yang seumur hidupnya
tidak pernah dimadu oleh Sayyidina Abi Talib Solihin"-petikan dari skrip Filem "Ketika Cinta Bertasbih"



Indah sungguh bait-bait kata di atas..tidak kurang juga lagu tema filem ini iaitu "Ketika Cinta Bertasbih" yang dinyanyikan oleh Melly Goeslaw ft Amee. Hayati bersama liriknya..

Lirik lagu:
Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta


Soundtrack filem ini..sila klik...



Ok cukup dulu coretan maupun nukilanku kali ini..Salam semua..

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker