~Sertai Saya~

Saturday, January 22, 2011

Macam-macam cara orang nak menipu sekarang ni..

http://www.emocutez.comAssalammualaikum pembuka bicara.  Diharapkan semua pengunjung blog ni berada dalam keadaan sihat sejahtera. Berbalik pada tajuk entri aku kali ini, berhati-hatilah terutamanya kaum Hawa kat Malaysia ni. Tidak kiralah ketika berhadapan dengan sesiapa pun secara langsung ataupun tidak langsung. Maksud aku secara tidak langsung mungkin dari segi perbualan melalui telefon, chit chat di laman2 sosial maupun email-email yang tidak berkenaan.

Sejak kebelakangan ini ramai wanita Malaysia dijadikan ‘keldai dadah’ tanpa mereka sedari. Nauzubillahminzalik..kebanyakan golongan ini terdiri daripada golongan professional dan punya kedudukan tinggi dalam satu-satu organisasi. Yang peliknya diorang ni berpendidikan tinggi, tapi macamnalah boleh mudah terjerat dengan hal2 sebegini.
http://www.emocutez.com
Aku nak berkongsi dengan kalian semua pengalaman aku tetapi bukanlah pengalaman dijerat sebagai ‘keldai dadah’. Hal ini berlaku lebih kurang 2 minggu lepas Khamis malam Jumaat(06-01-2011), sebaik saja aku tiba di Stesen Bas Medan Gopeng, Ipoh. Waktu betul tengah2 malam, kiranya aku sampai 12 lebih tengah malam, dah masuk hari Jumaat pun. Sebaik tiba di stesen aku akan menanti ketibaan emak atau adik atau pak cik yang akan mengambil aku di pondok menunggu berdekatan. Sewaktu sedang menunggu ketibaan emak dan adik aku, tiba-tiba aku didatangi seorang budak lingkungan belasan tahun. Kira masa tu aku tidaklah berseorangan, ada juga individu-individu lain, cuma duduk berjarak. Sila ikuti antara perbualan aku dengan budak tersebut(antara yang aku ingat):
Budak: Kak dari KL ke?
Aku: Ya, dari bukit jalil.
Budak: Akk naik bas apa tadi?
Aku: Bas Transnasional.
Budak: Saya tau dah. Nampak akk turun dari bas tadi. (pandainya budak ni berkias-kias dulu)
Aku: (Dalam hati cuak dah-dah rasa budak ni lain macam) Adik nak pergi mana?
Budak: Saya nak pergi Kampung Jawa.
Aku: Kg Jawa katne?
Budak: Kg Jawa dekat …..(aku lupala katne, tapi dalam Perak gakla sebutnya)
Aku:(Tapi setau aku Kampung Jawa kat Selangor-silap sebenarnya, itu Padang Jawa, hui memang bahaya tak kenal tempat) adik tak pergi tanya kaunter ke?
Budak: Dah, kawan cakap 1.30pagi(kalo tak silap) baru ada bas.
Aku: Oooo..ok.
Budak tu pun mula main peranan, dia pun mulala ayat nak minta tolong dari aku, sambil di tangan ada dalam RM 2 je, kalau tak silap.
Budak: Kak, boleh tak saya nak minta duit sket.
Aku: Haaaaa???..http://www.emocutez.com(dalam hati dah rasa tak sedap, ya-Allah cepatlah emak datang, hati dah takut, aku buntu tiba-tiba macamna nak melepaskan diri ni)
Nasib aku baik, emak dan adik aku tiba tak sampai 5 minit selepas itu, aku ape lagi meluru cepat bangun pergi ke kereta..then budak tu boleh cakap..
Budak: Akk tak dapat bagila ni ye!!??..
Aku: Errrkk..sorilah dik..(Ape lagi meluru aku  pergi ke kereta).
Huuuuiii…maunya tak cuak tengah-tengah malam orang minta duit. Dalam kereta aku terus cerita dengan emak dan adik. Emak cakap dah tau takde duit berjalan jugak. Syukurla emak dan adik datang pada masanya kalau tak mau aku pergi cerita kat pakcik2 teksi depan tu.
Kepada wanita-wanita di luar sana, berwaspadalah selalu. Jangan mudah cepat simpati. Fikir  dan lihat tindak-tanduk yang mencurigakan. Jangan cepat bermurah hati, takut-takut ada bahaya lain yang menanti. Memang niat kita baik hendak menolong, dan sepatutnya menolong orang ketika di dalam kesusahan, tetapi biarlah betul pada tempat dan masanya.
Berhati-hati ye kaum Hawa yang berseorangan di tempat awam pada waktu tengah malam terutamanya. Ada mata-mata yang tidak enak memerhati. Sentiasalah membaca ayat-ayat perlindungan diri seperti ayat Kursi, 3 Qul dan sebagainya..
Jumpa lagi di Entri yang lain.

Saturday, January 1, 2011

Tuesday, December 28, 2010

Saturday, December 18, 2010

Sunday, January 24, 2010

Monday, November 23, 2009

Renungkan Bersama

Tuesday, November 3, 2009

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker