~Sertai Saya~

Sunday, June 21, 2009

SeLamat Hari Bapa...

Bismillahhirrahmanirrahim...sebagai pembuka bicara..entri kali ini aku nukilkan sempena hari bapa seluruh dunia yang disambut pada 21 Jun setiap tahun..walaubagaimanapun sebagai umat Islam tiada istilah untuk menyambut atau menghargai seseorang mengikut tarikh-tarikh tertentu..Sesungguhnya hari-hari yang dilalui perlulah sentiasa diiringi dengan kasih sayang dan keikhlasan..

Apakah yang dimaksudkan dengan seorang ayah,bapa,abah,walid??tidak kira la ianya bapa kandung,bapa angkat maupun bapa tiri mereka tetap seorang insan yang bergelar bapa yang membesarkan kita dari kita kecil sehinggalah sampai mereka menutup mata..tiada ungkapan lain ataupun perbuatan yang bisa menerangkan bagaimana gembiranya hati si bapa tatkala mendengar khabar anak yang selama-lama ini dinantikan dalam sebuah kehidupan keluarga akhirnya selamat dilahirkan dan diazankan supaya kalimah "Allahhuakbar,Allahhuakbar.." adalah merupakan kalimah yang pertama didengar sebaik sahaja menjengah ke alam dunia..

Tanpa bapa siapalah kita untuk menjengah ke alam nyata ini..Hormatilah mereka selagi mereka masih bernyawa dan hargai segala jasa pengorbanan yang dicurahkan..Sayangi mereka dan jangan sesekali mengabaikannya...

Sebelum aku mengakhiri entri kali ini...Aku titipkan ucapan 'SELAMAT HARI BAPA' BUAT abahku yang bernama Mat A'Isa Bin Hassan..semoga Allah terus kurniakan kesihatan yang baik serta tidak jemu-jemu dalam mendidik serta membesarkan anak-anakmu ini..Ani dan adik-adik lain sayang abah..maafkan segala kesilapan kami selama ini dan Ani telah buat yang terbaik sepanjang dalam tempoh belajar ini..Qada dan Qadar Allah tiada siapa yang tahu..sesungguhnya Ani sebagai manusia, hanya mampu berusaha..tiada kuasa melawan takdir-Nya..hanya restu dan doa daripada abah dan emak mengiringi kejayaan kami di dunia hingga ke akhirat..Amin..

MAT AISA
MMesra
AAmanah
TTulus
AAlim
IIkhlas
SSuci
AAbadi

Sebelum berakhir nukilanku kali ini..dibawah ini aku sertakan doa untuk Ibu Bapa..

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

No comments:

Post a Comment

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker