Salam semua..
Hari ini aku nak menceritakan fadilat solat istikharah dalam ingin mendapatkan penyelesaian segala keraguan di hati. Sesungguhnya hanya kepada Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani terhadap umatnya. Hanya kepadanya kita berserah, kepadaNya juga kita kembali.
Berbalik pada topik yang ingin aku rungkaikan di atas, solat istikharah ini banyak membantu seseorang dalam memohon petunjuk daripada Allah S.W.T tidak kira dalam apa jua keadaan maupun kebuntuan. Tidak kiralah samada untuk mengetahui adakah benar seseorang itu jodoh kita atau tidak, memastikan pilihan dalam pekerjaan antara yang terbaik, hendak mendapatkatkan kepastian sesuatu perkara mana yang baik maupun yang buruk dan segala kebuntuan di dalam hati eloklah diselesaikan dengan mengamalkan solat ini selain kita meminta nasihat dari orang sekeliling.
Di sini, saya nak menceritakan antara kelebihan solat ini berdasarkan pengalaman seseorang dalam blog beliau beberapa hari sudah yang saya lawati. Apa yang diceritakan di situ ialah:
Ada seorang gadis yang berkenalan dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai ‘A’. Mereka berkawan rapat sehinggalah berpacaran setelah sekian lama. Namun, setelah sekian lama mengenali hati budi masing-masing maka pada suatu hari berlakulah insiden yang tidak diduga iaitu perselisihan antara si gadis dan teman lelakinya…
Setelah beberapa ketika, gadis ini pula berkenalan dengan si ‘B’ dalam ingin melupakan segala kenangan bersama jejaka si ‘A’ dan untuk merawat hati yang lara. Setelah beberapa lama, maka berputiklah bibit-bibit hubungan tersebut dengan terikatnya ikatan pertunangan.
Namun, pada suatu hari dengan tidak disangka-sangka, berlaku pertemuan tidak diduga antara gadis tersebut dengan bekas teman lelakinya si ‘A’. Setelah dibawa berbincang, akhirnya barulah segala kebuntuan selama ini terlerai iaitu berlaku salah faham antara mereka.
Setelah berapa ketika, si gadis merasakan hatinya masih pada si ‘A’ walaupun dia telah bertunang. Baginya, inilah keputusan yang begitu sukar yang harus dihadapinya dalam menentukan masa depannya yang masih panjang. Lantas si gadis memberitahu kepada kedua ibubapanya dengan menyatakan hasrat ingin memutuskan pertunangan dengan si ‘B’. Namun, ibubapa gadis berkenaan membantah dan minta diteruskan saja ikatan tersebut..
Si gadis terus berada di dalam kebuntuan, lantas pada sepertiga malam dia melaksanakan solat istikharah semoga diberikan petunjuk siapa yang harus dipilihnya. Tiba keesokannya dia masih belum mendapat kepastian, lantas malam berikutnya dia terus melaksanakan solat sunat istikharah. Akhirnya pada suatu hari, terungkai juga segala kebuntuan, rupa-rupanya jejaka si ‘B’ sudah bekeluarga dan mempunyai anak dengan perakuan sendiri daripada jejaka ‘B’. Ikatan pertunangan diputuskan dan akhirnya gadis berkenaan berasa begitu bersyukur kerana Allah telah menunjukkan jalan-jalan kebenaran. Berbahagia juga akhirnya si gadis bersama jejaka yang disayangi.
Seronok bukan, andai bisa ku ketemu bahagia sepertimana gadis berkenaan. Biarlah pada masa ini aku berbahagia dengan kedua ibubapaku, rakan-rakan seperjuangan dan orang-orang disekelilingku. Semoga aku dipertemukan dengan si ‘dia’ yang bakal membimbingku dalam mengaharungi hari-hari mendatang dan berbahagia selamanya di dunia dan di akhirat…SEMOGA SINAR-SINAR KEBAHAGIAAN BISA MENYULUHKU DALAM MENGHARUNGI SEGALA ONAK DAN RANJAU BERLIKU..-‘ROME WAS NOT BUILD IN A DAY’-KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK TANPA USAHA YANG BERTERUSAN…
Sekilan dulu nukilanku, semuanya tulus dari hati yang mulus dan suci..Semoga ianya memberi manfaat bersama..insya-Allah…
No comments:
Post a Comment