~Sertai Saya~

Monday, March 30, 2009

PresentaTioN PeLaJAR MAsTer

Hari ini 30.3.09 bertempat di Bilik Kuliah 9, Kampus Industri UTeM...kami telah menghadiri perbentangan kertas kerja oleh para pelajar Master di bawah seliaan Prof. Nanna Suryana Herman. Majoritinya merupakan para pelajar dari Indonesia yang melanjutkan pelajaran di peringkat Master di UTeM ini.

  1. Pembentang pertama-Mr. Ismail yang membentangkan kajiannya berkaitan EBIS(Executive Banking Information System. Beliau menggunakan 'database' ORACLE 10G, dalam pembentangan beliau terdapat 'snowflake schema' yang kami pelajari dalam subject 'data mining & data warehouse'-penggudangan dan perlombongan data...subjek ni pun tak kurang hebat dengan fakta dan pengiraan yang kebanyakannya lebih kepada bidang bisnes.

2. Pembentang kedua Mr Ridhuwan Habibi-MODGERS(ERS-Emergency Response System) (29 slide) ialah hasil kajian beliau. Pembentangan beliau banyak menarik minta para rakan-rakanku untuk bertanya. Maklumlah, sistem beliau menggunakan GPS sebagai perantara untuk mengetahui lokasi kejadian sebarang perlanggaran ataupun jenayah yang berlaku. Kajian berliau tertumpu di sekitar Melaka Tengah dan lebih kepada subjek yang kami pelajari di semester lepas iaitu GIS(Geographical Information System).



3. Pembentang ketiga ialah Mr Fikri Akbar-Hyperspectral Image Dimensional Reduction(16 slide). Beliau merupakan pelajar tahun pertama pelajar Master di sini, dia ni bercakap tahap 'high level' fluent betulEnglishnya..kagum kami mendengarnya..seolah-olah berada dalam kelas yang diajar oleh pakar English plak. Kajiannya tertumpu pada 'remote sensing image' dan 'natural image'.

Malangnya aku xdapat nak paparkan gambar Mr Fikri ni coz handfon aku dah low battery, tak dapatla nak ambik gambar beliau..

Soalan yang kebanyakan ditanya oleh rakan-rakan ku amat menguji reputasi para pelajar Master ni. Walaubagaimanapun, semuanya berpuas hati dan ia selesai dengan jayanya..Esok, sambungan pembentangan para pelajar Master yang lain...

Pembentangan ni menggantikan projek dalam subjek yang Prof Nanna ajar-Data Mining & Data Warehouse..

Cukup dulu coretan kali ini..ada cerita akan ku nukilkan lagi...salam semua..


Thursday, March 26, 2009

SaNTaPan RoHani...

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar 
di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu 
telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan 
harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada 
kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup 
penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! Dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan 
tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa 
depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras 
dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang 
lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang 
tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia.Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang 
hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat 
sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan 
perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan 
memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu 
akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada
Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. 
Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah 
tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata 
terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat 
berteduh.Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah 
daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya 
semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman 
anda.

28)Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlahuntuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak 
seperti yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.Sahabat 
yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda 
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut pada ALLAH, maka ALLAH akan menggantikannya dengan Iman yang dirasakan manisnya dalam hati…

33) “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca 
mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-
apa”

34) “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan 
kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan 
(Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”

37)”Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”

38) “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk 
menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-
kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”

39) “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala 
boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan 
ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan 
kenyataan”

40) “Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah 
menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik : 
Kepada ALLAH รข€“ Ketakwaan
Kepada kawan - Kesetiaan 
Kepada musuh - Kemaafan 
Kepada ketua - Khidmat 
Kepada yang muda - Contoh terbaik 
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. 
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan 
Kepada manusia - Kebebasan

42) “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau 
emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg 
paling berkesan”

43) “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup 
seperti duri : mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”

44) “Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”

45) “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”.

46) “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari”

47) “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang”

48) “Ingatlah, sabar itu iman!!
Duit bukan kawan!!
Dunia hanya pinjaman !! 
Dan mati tak ber teman..”

49) “Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka 
ia tidak akan mempedulikanmu”

50) “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg 
dapat menguasai dirinya sendiri”

51) “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”

52) “Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”

53) “Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, 
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.”

54) “Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya 
daripada apa yang kita berikan padanya.”

55) “Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi 
terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.”

56) “Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.”

57)”Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”

58) “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”

59) “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya 
datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”

60) “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna 
jika tidak melakukan perkara yang betul.”

61) “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”

62) “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.”

Petikan: http://www.azlina.net/blog/index.php/2004/05/16/kata-pujangga/

MuTiara KaTa PuJanGGa

Kata-kata Pujangga:"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."  

Kata seorang sahabat: "Kita bermula sebagai seorang yang baru."

 Kata-kata Pujangga: "Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."

 Kata-kata Pujangga: "Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."  

Kata-kata Pujangga: "Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."

 Kata-kata Pujangga: "Jadidiri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada pujian semata-mata, kadang-kala kejian juga." 

Kata-kata Pujangga: "Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita dapat." 

Kata-kata Pujangga: "Sesuatu yang benar itu apabila dikehendaki batil, maka batillah jadinya." 

Kata-kata Pujangga: "Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan basahan tawakkal bakal mendingin di ruang tekak." 

Kata-kata Pujangga: "Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah."

 Kata-kata Pujangga: "Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna."

 Saya minat dengan kata-kata ni: "Seorang yang tidak bersifat penyayang, tak akan dapat menghasilkan karya yang terbaik." 

Kata-kata Pujangga: "Untuk mencicip kemanisan, perlu bermula dengan mengupas kepahitan." 

Kata-kata Pujangga: "Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha." 

Kata-kata Pujangga: "Kalau dulu tidak pernah terdetik di hati akan suatu rasa itu, tentu kini kita tidak berusaha mencapainya."

 Kata-kata Pujangga: "Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."

 Kata-kata Pujangga: "Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia." 

 

Kata-kata Pujangga: "Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri."

 Kata-kata Pujangga: "Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."

 Kata-kata Pujangga: "Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."

 Kata-kata Pujangga: "Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

 Kata-kata Pujangga: "Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."

 Kata-Kata Pujangga: "Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal."

 Kata-kata Pujangga: "Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa." 

Kata-kata Pujangga: "Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."

 Kata-kata Pujangga: "Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"

 Kata-kata Pujangga: "Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?" 

 Kata-kata Pujangga: "Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan." 

 Kata-kata Pujangga: "Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur"

 Kata-kata Pujangga: "Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang." 

 Kata-kata Pujangga: "Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra." 

Kata-kata Pujangga: "Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan." 

Kata-kata Pujangga: "Manusia tak akan berjaya selagi sentiasa mengenangkan kegagalan yang pernah ditempuhinya." 

Kata-kata Pujangga: "Untuk mendapat sesuatu yang besar, kita patut banyak berkorban perkara-perkara yang kecil." 

Kata-kata Pujangga: "Tiada siapa akan mengubah saya, oleh itu saya perlu ubah diri sendiri."

 Kata-kata Pujangga: "Seorang juara tidak menangguhkan kerjanya."

 Kata-kata Pujangga: "Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima dan meminta nasihat daripada orang lain." 

Kata-kata Pujangga: "Hidup ini adalah keputusan diri sendiri."

 Kata-kata Pujangga: "Setiap manusia mahu dihargai, sekurang-kurangnya berilah senyuman kerana 

memberikan senyuman seperti memberikan orang lain peluang."

 

Kata-kata pujangga: "Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata." (Kiriman seorang kawan)

 

Kata-kata Pujangga: "Barangsiapa yang tidak mampu untuk mendidik dirinya, nescaya tidak mampu untuk dia mendidik orang lain." 

Kata-kata Pujangga: "Barangsiapa yang sengaja meletakkan dirinya di tempat-tempat tohmahan, maka janganlah dia mencela orang yang buruk sangka terhadapnya."

 Kata-kata Pujangga: "Dunia ini adalah umpama bangkai sedang pemburunya persis seekor anjing."  

Kata-kata Pujangga: "Barangsiapa yang panjang kemarahannya maka sirnalah adab dan akhlaknya."  

Kata-kata Pujangga: "Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki." 

Kata-kata Pujangga: "Orang yang tidak menghormati orang lain tidak akan dihormati." 

 Kata-kata Pujangga: "Barangsiapa yang tiada sifat penyayang maka dia tidak akan disayangi" 

 Kata-kata Pujangga: "Barangsiapa yang tidak pernah merasai sesuatu, nescaya tidaklah ia mengetahui."

 Kata-kata Pujangga: Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya." - Nur Kasih

 Kata-kata Pujangga: "Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan perkara yang bodoh."

 Kata-kata Pujangga: "Berkatalah benar sekalipun kebenaran itu pahit."

 Kata-kata Pujangga: "Orang yang bijak tidak akan melengah-lengahkan kerjanya. Jangan kau tangguh kerja hari ini untuk esok hari!"

 Kata-kata Pujangga: "Jika kail panjang sejengkal, usah diduga lautan yang dalam, walaupun lautan itu tidak bergelora."

 Kata-kata Pujangga: "Manusia yang berakal sentiasa memikirkan perkara yang berfaedah."

 Kata-kata Pujangga: "Kebenaran itu ibarat air yang mengalir, sekalipun disekat ia tetap akan terus mengalir." 

Kata-kata Pujangga: "Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?"

 Kata-kata Pujangga: "Kita tidak akan ke mana-mana selagi tidak mahu melakukan perubahan." 

Kata-kata Pujangga: "Rumah yang kecil kadangkala mampu melahirkan tokoh yang hebat" 

Kata-kata Pujangga: "Hidup tanpa cita-cita, sia-sia. Hidup tanpa usaha tak ke mana." 

Kata-kata Pujangga: "Manusia diuji oleh Allah berdasarkan keimanan yang mereka miliki." 

Kata-kata Pujangga: "Tangisan seorang bayi adalah serungkai kata yang penuh makna." 

Kata-kata Pujangga: "Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya." 

Imam al-Ghazali berkata: "RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun yang sangat berbisa." 

"Do what you can with what you have right where you are." - Henry Truman. 

Kata-kata Pujangga: "Tiada yang mustahil di sisi Allah SWT untuk menjadikannya." 

Berkata seorang Ahli Sufi : "Siapa yang takut kepada Allah, nescaya semua makhluk takut kepadanya."

 It is not a mountain that we conquer but ourselves - Edmund Hillary 

Kata-kata Pujangga: " Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan oleh orang lain sedangkan dia mampu berdoa kepada Tuhannya dan tiada siapa yang boleh menghalangnya berdoa?" 

Berkata Ar-Rumi: "Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat." 

Kata-kata Pujangga: "Kemenangan bermula dari dalam diri." 

Ibnu Mu'taz pernah berkata: Penyimpan harta itu mati walaupun ia masih hidup. Penyimpan ilmu pula hidup walaupun ia telah mati.

 Kata-kata Pujangga: "Setiap manusia dilahirkan sebagai seorang juara, kita tidak kalah walaupun berada di bawah tetapi kita kalah sekiranya kita tidak bangun semula." 

Berkata Abu Sulaiman: "Apabila hati menangis kerana kehilangan, roh pula akan ketawa (gembira) kerana kerinduan." 

Kata-kata Pujangga: "Angan-angan tidak akan mengubah kita walau seinci, tetapi apa yang kita laksanakan itulah yang mengubah kita."

 Kata-kata Pujangga: "Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun bisa terjadi."

 Kata-kata Pujangga: "Andai dambakan isteri semulia Fatimah az-Zahra jadilah semulia Ali KW, Andai impikan seorang suami sehebat Ali KW bentuklah diri semulia Fatimah az-Zahra."

 

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker