~Sertai Saya~

Wednesday, March 25, 2009

PeMbentaNgan ProJeK UsaHawan-GroUp KamI MenceTuskan KeKECohan..

Hari ini 25 Mac 2009 jam 8.30 malam bertempat di Bilik Kuliah 9, UTeM,Kampus Industri...merupakan hari pembentangan projek Usahawan kelas aku 3 BITD..memang sakan habis kami membentangkan hasil projek kami...walaupun kumpulan yang ke-2 terakhir tak sangka kami bisa mencetuskan kekecohan dalam mendebatkan bisnes yang kami cadangkan untuk dilancarkan...ALHAMDULILLAH..kebanyakannya memberi reaksi ya
ng baik atas hasil pembentangan kami iaitu eRUNCIT Online Enterprise...walaupun ia hanya rekaan sekadar melengkapi projek Usahawan..mana tau satu hari nanti kami bisa mengusahakan perniagaan yang seakan-akan dan mana tau satu hari nanti salah seorang dari kami bisa menjalankan 'JOinVenture' ataupun erti kata mudah usahasama antara 1 sama lain..

Berikut antara koleksi gambar-gambar sewaktu pembentangan..(p/s: maaf gambar kabur..sebab zoom dan resolusi rendah..)






Ella merupakan pembentang pertama dari group
pertama pembentangan...Group ella membincangkan bisnes software house, kalau tak silap aku..nama syarikat Advance Solution Sdn Bhd..yang pasti semuanya idea-idea bernas yang boleh dikembangkan dan diperkemaskini..
Kumpulan ini dianggotai irman, azfari, yasir, ina, sha, ella, kak ana dan dayang..








Ini pula kumpulan kedua perbentangan..group ni boleh tahan jugak bisnesnya..bakal bersaing dengan TM dalam bisnes Internet Service Provider(ISP)..kalau tak silap aku..kumpulan ini tidak kurang hebatnya mendapat tindak balas maupun respon dari pensyarah kami En. Sabri berikutan beliau pernah menjalankan bisnes sedemikian sebelum ini...
Kumpulan ini dianggotai Chee Kong(CK), Eu Chun JIat(CJ),Siti Hajar, Ng Y
oke Ling, Wong Syek Hui, Vivia dan Krystle..
Para pembentang kumpulan ke-3 sebelum kumpulan aku memulakan perbentangan. Bisnes diorang nipun tak kurang hebatnya..Syarikat 'advertising' yang mampu pergi lebih jauh dan global..bakal menjadi pesaing-pesaing terhebat dengan syarikat yang sedia ada..Walaupun bisnes baru tapi..bangunannya mak ai...gah sungguh..yang pasti...saya tabik spring dengan hasil kerja group ni..logonya saja dah ada daya penarik..belum lagi dengan perkhidmatan2 yang ditawarkan..Kumpulan ini dianggotai Logaraj, Rao, Aini, Zura, Zuraina, Geetha, Kasthuri dan Azrull Apandi..

HAH..Tiba pula giliran kumpulan aku membuat persembahan..

YeAH...iNi ahli kumpulanku yang aku banggakan semuanya terdiri daripada kaum Hawa..jangan pandang kami sebelah mata!!!..walaupun kami semua perempuan...alhamdulillah projek yang kami persembahkan mendapat reaksi yang baik bukan sahaja dari En. Sabri malah rakan-rakan seperjuangan..Akulah manager pada projek ni merangkap juga leader bagi projek ini...manakala ahli-ahliku yang lain memegang jawatan-jawatan tertinggi dalam bisnes kami ini. Bisnes ini diterajui oleh aku bersama 7 orang rakan yang lain iaitu Linda, Erni, Izati, Syarfa, Zatul, Shah dan Naqibah. Projek kami ialah 'eRuncit Online Enterprise' yang mana kami menawarkan perkhidmatan membeli barangan dapur secara online, pergi terus ke kedai kami ataupun menelefon kami..kami juga menawarkan perkhidmatan pen.ghantaran terus kepada para pelanggan dan menjadi ahli kepada kedai kami..dari situ para pelanggan akan mendapat kelebihan dan ganjaran yang sepatutnya sebagai pelanggan setia kami..

Kami mendapat kritikan maupun mencetuskan perdebatan yang hebat antara rakan-rakan dari kumpulan yang lain dalam mengukuhkan mengapa bisnes kami ini harus diperkembangkan dan dibangunkan walaupun mendapat saingan hebat daripada kedai-kedai yang sedia ada...

Ini pula website perniagaan kami yang menawarkan perkhidmatan online dalam membeli barang-barang rumah. Ia hasil nukilan dan kreativiti Siti Norsyarfa Mohd Karim bersama idea-idea yang dikongsi bersama dalam ahli kumpulan kami..





















Satu lagi komen yang aku tak lupa dari En Sabri gaya kumpulan kami persembahkan ialah 'MANGLISH' iaitu Malay + English..walaubagaimanpun ia sedikit pun tidak menjejaskan persembahan kami..malah bertambah rancak...Kami menganggap ianya sekadar gurauan dalam memeriahkan susana perbentangan..

Kumpulan terakhir ialah Din dan Hanif...diorang mencadangkan perniagaan katering berkonsepkan online..maaflah gambarnya tidak dapat aku tampilkan..sebab takde shoot pun...

Gambar dibawah adalah kenangan terakhir bersama En Sabri selepas selesai semua pembentangan..yang berbaju hijau duduk di depan itulah En. Sabri Mohd Sharif(Sabri MS)..terima kasih Encik atas penerimaan encik terhadap kelas kami..setiap pandangan dan ilmu yang dicurahkan insya-Allah akan kami manfaatkan dengan sebaiknya dan semoga En Sabri Sukses Selalu..Mungkin satu hari nanti kami akan berhubung dengan encik dalam mendapatkan tips-tips yang berguna dalm menjadi usahawan yang berjaya kelak..WE LOVE U SIR!!...dan selamat melaksanakan PHD..

No comments:

Post a Comment

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker