~Sertai Saya~

Monday, March 30, 2009

PresentaTioN PeLaJAR MAsTer

Hari ini 30.3.09 bertempat di Bilik Kuliah 9, Kampus Industri UTeM...kami telah menghadiri perbentangan kertas kerja oleh para pelajar Master di bawah seliaan Prof. Nanna Suryana Herman. Majoritinya merupakan para pelajar dari Indonesia yang melanjutkan pelajaran di peringkat Master di UTeM ini.

  1. Pembentang pertama-Mr. Ismail yang membentangkan kajiannya berkaitan EBIS(Executive Banking Information System. Beliau menggunakan 'database' ORACLE 10G, dalam pembentangan beliau terdapat 'snowflake schema' yang kami pelajari dalam subject 'data mining & data warehouse'-penggudangan dan perlombongan data...subjek ni pun tak kurang hebat dengan fakta dan pengiraan yang kebanyakannya lebih kepada bidang bisnes.

2. Pembentang kedua Mr Ridhuwan Habibi-MODGERS(ERS-Emergency Response System) (29 slide) ialah hasil kajian beliau. Pembentangan beliau banyak menarik minta para rakan-rakanku untuk bertanya. Maklumlah, sistem beliau menggunakan GPS sebagai perantara untuk mengetahui lokasi kejadian sebarang perlanggaran ataupun jenayah yang berlaku. Kajian berliau tertumpu di sekitar Melaka Tengah dan lebih kepada subjek yang kami pelajari di semester lepas iaitu GIS(Geographical Information System).



3. Pembentang ketiga ialah Mr Fikri Akbar-Hyperspectral Image Dimensional Reduction(16 slide). Beliau merupakan pelajar tahun pertama pelajar Master di sini, dia ni bercakap tahap 'high level' fluent betulEnglishnya..kagum kami mendengarnya..seolah-olah berada dalam kelas yang diajar oleh pakar English plak. Kajiannya tertumpu pada 'remote sensing image' dan 'natural image'.

Malangnya aku xdapat nak paparkan gambar Mr Fikri ni coz handfon aku dah low battery, tak dapatla nak ambik gambar beliau..

Soalan yang kebanyakan ditanya oleh rakan-rakan ku amat menguji reputasi para pelajar Master ni. Walaubagaimanapun, semuanya berpuas hati dan ia selesai dengan jayanya..Esok, sambungan pembentangan para pelajar Master yang lain...

Pembentangan ni menggantikan projek dalam subjek yang Prof Nanna ajar-Data Mining & Data Warehouse..

Cukup dulu coretan kali ini..ada cerita akan ku nukilkan lagi...salam semua..


No comments:

Post a Comment

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker