~Sertai Saya~

Thursday, July 23, 2009

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Seoarang Gadis Itu...

Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...


Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...


Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...


Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...


Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurni
akan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...


Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABAD


Tuesday, July 21, 2009

MU vs Malaysia..Pengalaman Pertama..

Assalammualaikum dan Bismillahhirrahmanirrahim..pembuka bicara..apa yang ingin aku utarakan di sini adalah merupakan pengalaman pertamaku menonton perlawanan bola sepak antara pasukan bola sepak yang paling gah di dunia iaitu Manchester United(MU) yang telah mengadakan Asia Tour 2009-Malaysia,Indonesia,China,Korea...

Hari Sabtu(18-7-09) yang lepas aku bertolak dari Seremban menuju ke Stadium Bukit Jalil untuk menonton perlawanan bola sepak di antar MU menentang Malaysia..aku,Siti,Mr. Z & 2 org lagi adik2nya bertolak dari Seremban lbih kurang hampir pukul 2 ptg dan kami tiba hampir pkul 4 ptg..

Punyalah ramai manusia, itupun nasib baiklah kami datang awal kalau tidak mau berhimpit2 masuk..dalam pukul 4 ptg kami masuk ke dalam stadium untuk memilkih port yg sesuai supaya lebih jelas setiap aksi yang bakal ditonton..tiket paling rendah berharga RM 58 manakala yang paling mahal berharga RM300 ke atas..tiket2 mahal ni duduknya di bahagian bawah di mana port yg paling dekat untuk menonton para2 pemain MU & Malaysia..kebanyakannya dibeli oleh warga Singapura dan Brunei pada pandanganku..

Oklah..malas nak bebel panjang sila lihat gambar2 di bawah antara aksi2 yang sempat dirakamkan untuk tatapan bersama..

Photobucket

5 tiket MU

Tiket kami yang berharga RM 58 seorang..http://www.emocutez.com

Photobucket
puluhan ribu pengunjung berpusu2 menuju ke pintu masuk stadium..

Photobucket
Antara koleksi baju Manchester United(M.U)http://www.emocutez.com

Photobucket
Salah satu t-shirt yang terdapat tandatangan para pemain M.U..http://www.emocutez.com

Photobucket
Acara pembukaan dimulakan dengan persembahahan daripada pasukan pancaragam yang dilantik..persembahan yang menarik dan mantap..

Photobucket
Ribuan peminat M.U menanti dengan sabar para pemain kesayangan mereka beraksi di padang..panas tidak menghalang mereka dari terus menonton dalam jarak paling hampir..
http://www.emocutez.com

Photobucket
Para pemain Malaysia muncul awal 15 minit sebelum jam 5 petang untuk sesi memanaskan badan..

Photobucket
Saat kegilaan bermula..apabila kesemua pemain M.U muncul di padang untuk sesi memanaskan badan..http://www.emocutez.com

Photobucket
Saat2 minit terakhir MU menentang Malaysia..akhirnya Malaysia tewas kepada M.U dengan gol sebanyak 3-2..Malaysia-2 gol,M.U-3 gol..

Photobucket
Saat para pemain M.U mengelilingi padang setelah disarungkan medal untuk setiap seorang..

Acara tamat pada pukul 7.30 malam...syukur..Alhamdulillah setelah selesai kami pulang dalm keadaan selamat walaupun bersesak2 dalm ribuan pengunjung sebelum menuju ke kereta..syukurlah hidung aku ni tak sensitif sangat masa berhimpit2 tu kalau tak jadi kontroversi plak aku muntah dalam bersesak2 tu...http://www.emocutez.comhuhuhu..ok..cukup dulu kali ini..itu antara pengalaman menonton M.U buat pertama kali di depan mata mungkin juga yang terakhir..walaupun aku bukanlah kaki bola ia tetap meninggalkan kenangan buat aku..

Sekian dulu..Wassalam...http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com









Thursday, July 16, 2009

PerKara Hitam Yang Tak Mahu Berulang Lagi..

Assalammualaikum buat para sahabat serta pengunjung blogku ini..apa yang aku mau coretkan di sini sebagai luahan aku supaya perkara hitam yang lepas tidak berulang lagi..aku fobia saat mendengar orang bercerita rumah tu dipecah masuk..rumah ni dipecah masuk..cukuplah dengan pengalaman yang pernah aku lalui dulu semasa menetap di hostel rumah kedai Taman Tasik Utama UTeM..aku mohon supaya ianya jangan berulang lagi terhadap diriku..aku dah serik..betapa seksanya fobia tersebut sampaikan fobia untuk masuk ke bilik menjelang malam..http://www.emocutez.com

Oklah berbalik kepada tujuan asal..di sini aku nak menceritakan apa yang berlaku dan khabar yang aku terima daripada jiran hadapan rumahku kini..Memandangkan hari ni aku balik kul7 mlm, sebaik saja aku park kereta kancilku di rumah sebelah yang kosong dan aku mau masuk ke rumah, jiran rumah di hadapan memanggil aku supaya tunggu sebentar...dalam hatiku tak sabar nak pergi ke bilik untuk merehatkan diri..aku menanti dalam sabar walaupun ada sedikit marah di situ..

Alangkah terkejutnya diriku dan Siti saat jiranku bertanyakan kepadaku samada pada malam semalam aku ada mengunci keretaku atau tidak..siapa yang tak terkejut bila org bertanyakan sedemikian..jiran aku yg bernama Nabila dan Siti mengatakan alarm kereta ku berbunyi sehingga ia diberhentikan oleh polis yang datang menyiasat..kebetulan rumah mereka baru sahaja dimasuki penyangak mana yang tak berhati perut(setan itu penyangak..mat ganja gamaknya ataupun yang sememangnya dah sangap nak masuk rumah perempuan bahasa kasarnyahttp://www.emocutez.com).. yang cuba masuk ke rumah tersebut dengan hanya menggunakan kad untuk membuka pintu..durjana sungguh makhluk yang cuba memecah masuk itu..

Aku tau betapa takutnya hendak tidur bertambah lagi apabila empunya diri yang berdepan dengan penjenayah, pasti terbayang2 maupun terngiang2 pergerakan si penjenayah..http://www.emocutez.comyang penting syukur Alhamdulillah semuanya berada dalam keadaan selamat..

Oklah cukup dulu luahanku kali ini sebagai renungan bersama..terutama para wanita sekalian yang duduk menyewa bersama rakan2 haruslah diingat supaya sama2 mengingatkan antara satu sama lain supaya menyelak setiap pintu yang sedia ada..pintu grill dan tingkap haruslah dikunci selalu demi keselamatan bersama..Ingat tu rakan2..malang tidak berbau..http://www.emocutez.comjangan biarkan hidup anda menghadapi fobia yang sama..http://www.emocutez.com
Sekian dulu..Wassalam..http://www.emocutez.com

Doa untuk Pasangan Bercinta..

Salam penulisan dari hamba tuan punya blog...http://www.emocutez.comlebih kurang 2 minggu aku tidak mengemaskini blog aku ini dengan entri terbaru..jadinya aku nak berkongsi bersama kalian doa yang bagus untuk para pasangan yang sedang hangat bercinta, bertunang dan baru hendak memulakan episod percintaan..doa ini aku petik dari blog buaya-merah..Jadi silalah hayati dan amalkan..insya-Allah..supaya mohon diberi petunjuk dalam mencapai kebahagiaan sepanjang hayat di dunia hingga ke akhirat..Amin..http://www.emocutez.com


Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin
.





Sekian dulu coretanku kali ini..

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker