~Sertai Saya~

Sunday, February 8, 2009

Cuba-Cuba...


















Gambar ni semasa sahabat lamaku(Siti Rafeah) di PUO datang tidur di rumah sewaku di Melaka. Kami makan beramai-ramai di salah sebuah restoran di Bukit China. YuMMy..YuMMy!!






Ni pulak masa birthday Dila(DIT). We celebrate together at Mcdonald Ayer Keroh on 12.00 am (2/12/08).Kek Dila - Kek King's-BlackForest..errmm....







Ini waktu kami celebrate birthday eni kat KFC Mahkota Parade(30.11.08).Kek 'SECRET RECIPE-Choclate Walnut' yang shedap shehingga menjilat jari..yummy..yummy..





Gambar-gambar ni antara yang aku edit menggunakan lunapic..masih di peringkat cuba-cuba..walau macammana pun aku ada inisiatif untuk mengedit gambar..
Sekian dulu buat nukilanku kali ini..



Tuesday, February 3, 2009

ALAM POLITEKNIK..

Aku melanjutkan pelajaranku dalam bidang Sijil Teknologi Maklumat di Politeknik Ungku Omar(PUO), Ipoh pada awal 2004 selama empat semester. Baru sahaja belajar di politeknik, arwah opahku telah menyahut seruan Ilahi pada 29.1.2004(lagi 2 hari menjelang hari raya aidiladha-1.2.04), sekarang sudah lima tahun aku tanpa arwah opah yang telah menjaga dan mengasuhku dari kecil. Memang sedih sangat masa tu, aku tak dapat menurut permintaannya yang terakhir supaya aku tidur di rumah arwah beberapa hari sebelum arwah dimasukkan ke hospital buat kali terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ipoh. Dalam 2 minggu lepas, sebelum balik menjelang tahun Baru Cina suatu hari tu aku ada bermimpikan arwah sambil memeluk arwah dan aku kata “Opah, Ani sayang opah”(Ya Allah, Tabahkan hatiku mengharungi semua ini…bercucuran air mataku)..Hanya doa yang mengiringinya saban hari. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman…

10.1.05, aku memulakan tugas aku sebagai trainee di Lumut PowerPlant(LPP) , anak syarikat MALAKOFF di bahagian IT. Trainee kat tempat ni dapatle tau serba sedikit macamana elektrik dihasilkan. Kat sini kami trainee banyak terdedah kepada golongan atasan dari Pengurus, Jurutera-Jurutera sehinggalah kerani dan seangkatan dengannya. Masa ni aku dibawah penyeliaan En Mohd Rizal. Seorang bos yang baik, tegas dan setiap anak buah sentiasa di bawah pemerhatian beliau. Sehingga hujung bulan Mei 2005 aku melengkapkan tugas aku sebagai trainee di situ. Setelah itu aku menyambung semula pengajianku di politeknik dalam semester akhir sehinggalah penghujung tahun 2005.

Seterusnya akan ku sambung nanti….

Pertengahan remaja…

Habis SPM aku pernah melanjutkan pelajaran di dalam Tingkatan 6 rendah di SMK Raja Perempuan, Ipoh dalam tahun 2002. Pertengahan tahun aku berhenti dari Tingkatan 6 dan melanjutkan pelajaran dalam Pra-Ijazah di UNITAR(cawangan Sungkai pada masa itu). Awal 2003, seterusnya aku melanjutkan pelajaran ke peringkat BBA(Bachelor Business Administration) di kolej yang sama sehinggalah pertenghan tahun. Aku hanya sempat mengikuti satu semester sahaja disebabkan faktor kewangan pada masa itu(maklumlah swasta).

Bulan Ogos 2003, setelah aku berhenti belajar aku mencuba dengan bekerja sebagai jurujual buat pertama kali di Nagoya Textiles Ipoh di UO,Greentown Mall.  Di sini aku belajar selok-belok bagaimana berniaga kain dan sekurang-kurangnya adalah aku sedikit ilmu berkaitan jenis-jenis kain ni, tak lupa juga macam-macam orang aku jumpa tak kiralah dari tukang jahit sehinggalah yang berpangkat . Waktu tu siap ramai yang rekemen suruh masuk polis. Maklumlah tinggi dah ada, cuma beratnya saja.hehehe… Lumrah seorang perempuan yang suka melihat pada warna-warna yang menarik dan fabrik yang bagus..aku pun sama rambang mata kalau datang kain-kain baru…heheheh..Satu yang bagusnya kerja macam ni memangla kita penat berdiri lebih tapi selain tu kalori banyak terbakar sebab kita banyak bergerak terutama aku yang di bahagian langsir, sedepang-depang, seberat-berat, setinggi-tinggi  kain aku melipat langsir. Yang seronok waktu bulan puasa, bergulung-gulung langsir ditumbangkan. Masa ni memang syokla layan pelanggan sambil kumpul komisyen banyak-banyak. Sehinggalah aku meletakkan jawatan pada 30.12.2003 untuk menyambung pengajianku di politeknik.

Sewaktumelangkah ke alam remaja….MENENGAH ATAS..

Tanggal 22.2.2000 merupakan tarikh keramat dan pertama kali aku menjejakkan kaki ke sekolah berasrama iaitu SM Teknik Gerik. Masa tu memangla seronok dapat merasa masuk sekolah asrama, dapat jumpa ramai kawan2 baru, kemudahan semua baru maklumlah 1st batch kat sekolah tu. Aku merupakan pelajar di Tingkatan 4 PKM(Pengajian Kejuruteraan Mekanikal) 2. Di awal tingkatan 5 aku berada di kelas 5 PKM 2, namun setelah berlaku rombakan kelas aku merupakan antara 10 orang pelajar dari 5 PKM 2 bertukar ke 5 PKM 1(syukur…tapi persaingan cukup hebat dalam kelas ni-Mekanikal ramai lelaki, persaingan hebat dengan perempuan). Ada satu kejadian yang aku tak boleh lupa iaitu kejadian HISTERIA. Masa tu hanya Allah saja yanga tahu betapa kecut perutnya aku, badan menggeletar habis masa kejadian maklumlah yang kena histeria bukan sorang dua tapi ramai. Bagaimana kawanku yang berada di sebelahku bersuara lembut tiba-tiba meronta dengan suara yang garau dan menakutkan. Membuatkan aku angkat kaki cabut..melangkah tak ingat sekeliling yang penting aku dijauhkan dari kena rasuk…Meremang bulu roma..takutnya hanya Allah saja yang tahu…sampaikan budak-budak lelaki pun takut nak tidur..Itu antara kenangan pahit yang tidak dapat ku lupa di SEMETRIK. Tidak lupa kepada guru-guru yang telah banyak mendidik dan mengasuh kami sehingga KAMI lah yang kalian lihat pada hari ini…Semoga guru-guruku sentiasa dalam keadaan gembira dan tenang selalu..

Sewaktu melangkah kea lam remaja….MENENGAH RENDAH..

Tahun 1997 bermulalah alam remajaku. Aku melanjutkan pelajaran ku dalam tingkatan 1 Ceria di SMK Seri Ampang Ipoh. Setelah itu, di Tingkatan 2 Budiman dan Tingkatan 3 Budiman. Dalam Tingkatan 2(1998) berlangsungnya perasmian sekolah yang telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Azlan Shah(Sultan Perak), aku telah menyertai pasukan koir sekolah dengan mengadakan persembahan di depan para tetamu. Dalam pasukan koir ini kami pernah mengadakan sesi rakaman suara di studio RTM Jalan Dairy, Ipoh. Itu antara pengalaman yang tidak dapat aku lupakan.  Di tingkatan 3 aku dilantik menjadi Ketua Kelas oleh guru kelasku supaya mudah guruku yang mengajar subjek ERT(Ekonomi Rumah Tangga) berhubung terus denganku berbanding pelajar lelaki. Aku pernah menerima salah seorang Ketua Kelas yang terbaik pada waktu itu. Aku satu-satunya Ketua Kelas perempuan yang berjaya mendapat anugerah tersebut-syukur Alhamdulillah…Di Tingkatan 4 pula aku berada di kelas 4 Ceria(Aliran Akaun dan Fizik Kimia),hanya sebentar aku berada di kelas ini. 

Sewaktu Kecil…

Sudah sebulan aku tidak menambah koleksi coretanku di blog ini..Aku ingin menceritakan serba-sedikit mengenai diriku..

Tanggal 18/11/1984 maka lahirlah seorang puteri yang dinamakan Maihani Bt Mat A’Isa yang bermaksud ‘goyangan ranting’. Aku telah selamat dilahirkan di Hospital Besar Ipoh. Aku memulakan tugasku sebagai seorang murid di Tabika Kemas Kampung Sri Ampang Ipoh sewaktu berumur 6 tahun.

Setelah itu aku menduduki darjah 1(1 Matahari kelas pertamaku)  di SRK Sungai Rokam, Ipoh Perak. Dalam darjah 5 aku telah bertukar ke sekolah yang berhampiran dengan rumahku iaitu SRK Seri Ampang. Di sekolah ini aku pernah menjawat jawatan sebagai Pengawas Perpustakaan. Guru yang paling aku tidak lupa di sekolah ini ialah Encik Salim , beliau merupakan guru kelas ku dalam Darjah 5 Bestari. Dia seorang yang tegas dan membuatkan aku sering kecut perut kalau terkena panahan jelingan beliau. Paling ku tidak lupa juga guru muzikku(maaf aku lupa namanya),walaupun dia kelihatan lembut tapi bila dia marah..siapla anak murid semua..silap2 tangan dia bersiap-sedia untuk mencubit…ADoooii!!...(Maafkan saya cikgu!!!)Kalian tetap guru terbaik bagiku..Semoga kalian sihat sejahtera dan tidak jemu mendidik anak bangsa…

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker