Tanggal 22.2.2000 merupakan tarikh keramat dan pertama kali aku menjejakkan kaki ke sekolah berasrama iaitu SM Teknik Gerik. Masa tu memangla seronok dapat merasa masuk sekolah asrama, dapat jumpa ramai kawan2 baru, kemudahan semua baru maklumlah 1st batch kat sekolah tu. Aku merupakan pelajar di Tingkatan 4 PKM(Pengajian Kejuruteraan Mekanikal) 2. Di awal tingkatan 5 aku berada di kelas 5 PKM 2, namun setelah berlaku rombakan kelas aku merupakan antara 10 orang pelajar dari 5 PKM 2 bertukar ke 5 PKM 1(syukur…tapi persaingan cukup hebat dalam kelas ni-Mekanikal ramai lelaki, persaingan hebat dengan perempuan). Ada satu kejadian yang aku tak boleh lupa iaitu kejadian HISTERIA. Masa tu hanya Allah saja yanga tahu betapa kecut perutnya aku, badan menggeletar habis masa kejadian maklumlah yang kena histeria bukan sorang dua tapi ramai. Bagaimana kawanku yang berada di sebelahku bersuara lembut tiba-tiba meronta dengan suara yang garau dan menakutkan. Membuatkan aku angkat kaki cabut..melangkah tak ingat sekeliling yang penting aku dijauhkan dari kena rasuk…Meremang bulu roma..takutnya hanya Allah saja yang tahu…sampaikan budak-budak lelaki pun takut nak tidur..Itu antara kenangan pahit yang tidak dapat ku lupa di SEMETRIK. Tidak lupa kepada guru-guru yang telah banyak mendidik dan mengasuh kami sehingga KAMI lah yang kalian lihat pada hari ini…Semoga guru-guruku sentiasa dalam keadaan gembira dan tenang selalu..
No comments:
Post a Comment