~Sertai Saya~

Tuesday, February 3, 2009

ALAM POLITEKNIK..

Aku melanjutkan pelajaranku dalam bidang Sijil Teknologi Maklumat di Politeknik Ungku Omar(PUO), Ipoh pada awal 2004 selama empat semester. Baru sahaja belajar di politeknik, arwah opahku telah menyahut seruan Ilahi pada 29.1.2004(lagi 2 hari menjelang hari raya aidiladha-1.2.04), sekarang sudah lima tahun aku tanpa arwah opah yang telah menjaga dan mengasuhku dari kecil. Memang sedih sangat masa tu, aku tak dapat menurut permintaannya yang terakhir supaya aku tidur di rumah arwah beberapa hari sebelum arwah dimasukkan ke hospital buat kali terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ipoh. Dalam 2 minggu lepas, sebelum balik menjelang tahun Baru Cina suatu hari tu aku ada bermimpikan arwah sambil memeluk arwah dan aku kata “Opah, Ani sayang opah”(Ya Allah, Tabahkan hatiku mengharungi semua ini…bercucuran air mataku)..Hanya doa yang mengiringinya saban hari. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman…

10.1.05, aku memulakan tugas aku sebagai trainee di Lumut PowerPlant(LPP) , anak syarikat MALAKOFF di bahagian IT. Trainee kat tempat ni dapatle tau serba sedikit macamana elektrik dihasilkan. Kat sini kami trainee banyak terdedah kepada golongan atasan dari Pengurus, Jurutera-Jurutera sehinggalah kerani dan seangkatan dengannya. Masa ni aku dibawah penyeliaan En Mohd Rizal. Seorang bos yang baik, tegas dan setiap anak buah sentiasa di bawah pemerhatian beliau. Sehingga hujung bulan Mei 2005 aku melengkapkan tugas aku sebagai trainee di situ. Setelah itu aku menyambung semula pengajianku di politeknik dalam semester akhir sehinggalah penghujung tahun 2005.

Seterusnya akan ku sambung nanti….

No comments:

Post a Comment

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker