Sudah sebulan aku tidak menambah koleksi coretanku di blog ini..Aku ingin menceritakan serba-sedikit mengenai diriku..
Tanggal 18/11/1984 maka lahirlah seorang puteri yang dinamakan Maihani Bt Mat A’Isa yang bermaksud ‘goyangan ranting’. Aku telah selamat dilahirkan di Hospital Besar Ipoh. Aku memulakan tugasku sebagai seorang murid di Tabika Kemas Kampung Sri Ampang Ipoh sewaktu berumur 6 tahun.
Setelah itu aku menduduki darjah 1(1 Matahari kelas pertamaku) di SRK Sungai Rokam, Ipoh Perak. Dalam darjah 5 aku telah bertukar ke sekolah yang berhampiran dengan rumahku iaitu SRK Seri Ampang. Di sekolah ini aku pernah menjawat jawatan sebagai Pengawas Perpustakaan. Guru yang paling aku tidak lupa di sekolah ini ialah Encik Salim , beliau merupakan guru kelas ku dalam Darjah 5 Bestari. Dia seorang yang tegas dan membuatkan aku sering kecut perut kalau terkena panahan jelingan beliau. Paling ku tidak lupa juga guru muzikku(maaf aku lupa namanya),walaupun dia kelihatan lembut tapi bila dia marah..siapla anak murid semua..silap2 tangan dia bersiap-sedia untuk mencubit…ADoooii!!...(Maafkan saya cikgu!!!)Kalian tetap guru terbaik bagiku..Semoga kalian sihat sejahtera dan tidak jemu mendidik anak bangsa…
No comments:
Post a Comment