Sekarang sudah bermulanya tahun baru islam 1430H pada 29.12.08 yang lepas, begitu juga tahun baru 2009(1.1.09) . Bermulalah episod yang baru bagi tahu ini dengan semangat dan impian yang baru. Dengan bermulanya semester baru bagi menyudahkan pengajianku, maka bermulalah bermacam projek, tugasan, kuiz, peperiksaan yang harus diselesaikan sebagai seorang pelajar. Selain itu tugas yang paling besar untuk semester ini ialah dengan melengkapkan diri dengan hati yang kuat, tabah, berusaha dan terus berusaha dalam menyiapkan satu projek yg besar iaitu PSM(Projek Sarjana Muda). Yang mana harus dilakukan secara individu mengikut bidang masing-masing.
Aku yang berada dalam kos pangkalan data mestilah tak lari dari membuat satu sistem yang boleh memudahkan pengguna akhir. Wah..tak sangka aku kini sudah berada dalam tahun akhir..berada dalam semester yang benar-benar menguji kemampuan, ketabahan dan prestasi diriku..Semuanya harus kuat dari segi fizikal dan mental...Diri haruslebih kuat dalam menempuh semua ini..Biarlah bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Bermulanya tahun baru, maka umur juga semakin meningkat..tanggal 18 november ini umurku menginjak ke 25 tahun. Namun bagiku kini biarlah aku ber'perang' sekarang dalam melengkapkan pengajianku...Yang penting sekarang pengajian aku harus diteruskan, dan berusaha agar dapat membina masa depan yang lebih cerah..Supaya aku bisa membalas segala pengorbanan ibu dan ayah yang tiada ternilai, yang tiada bandingannya...Tiada yang lebih menggembirakan hati dan membahagiakan mereka dengan melihat setiap anak-anaknya berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi manusia yang berjaya..
Kepada yang telah berjaya, jangan dilupa kedua orang tua yang telah banyak berjasa membesarkan dan menyekolahkan kita..Dengan kedua tapak tangan dan kaki itulah mereka membanting keringat siang dan malam dalam menyediakan keperluan kita sebagai anak...Ingatlah kata-kata ini-Jangan biarkan mereka menangis kerana kegagalan kita, tapi biarkan mereka menangis kerana kejayaan kita..Sayangi mereka selagi mereka masih di dunia ini dan jangan kamu menyesal di kemudian kelak, redha dari mereka barulah kita mendapat keredhaan dari Allah.
Sekian dulu blog aku kali ini...wassalam...
waaaaaaaa....snyap2 dh de blog dh...uhhhhhhhhhh
ReplyDelete