~Sertai Saya~

Tuesday, June 30, 2009

Jalan-Jalan + Makan-Makan

Bismillahirrahmanirrahim...Salam buat pembuka bicara..
Syukur alhamdulillah..selesai sudah Projek Sarjana Muda(PSM)ku, cuma tinggal proses penjilidan untuk dihantar ke fakulti untuk rujukan para pelajar lain di masa akan datang..insya-Allah..peperiksaan JAVA
pun sudah selesai..Alhamdulillah..minggu depan bermula alam baru iaitu alam praktikal..teruja pun ada,takut pun ada,seronok pun ada..macam2lah bergolak dalam hati ni..http://www.emocutez.com

Apa yang nak aku nukilkan di sini adalah episod aku dan geng aku pergi makan yong tau foo yang besh kat melaka ni..(ini yg aku tau,itupun kwn org Melaka yg bawa)...http://www.emocutez.comDalam masa kami sibuk buat PSM sempat lagi kami merayap2 menikmati apa2 juadah yang menarik kat Melaka ni..takkan mau mengadap PSM je mau tension kepala..baiklah sambil membuat PSM sambil bersantai..waktu makan kita makan..kesihatan harus juga dijaga..Oklah berbalik pada jalan2 kali ni..aku kongsikan beberapa gambar sepanjang kami makan yong tau foo di restoran tersebut..http://www.emocutez.com

Inilah dia nama restorannya Restoran Gelombang Biru-Yong Tau Foo yang terletak di Taman Bertam Perdana menuju ke Pantai Klebang..http://www.emocutez.com
Gambar di atas pula merupakan persekitaran dalam restoran ini..ada pelbagai bahan untuk dimakan bersama dengan sup dan sos yong tau foo...sangat shedap...harganya agak berpatutan,masih di tahap mampu bayar..heheheh..bergantung pada bahan yang dipilih..http://www.emocutez.com

gambar di atas pula sesi kitorang memilih bahan yang nak dimakan mengikut selera, mangkuk dan bajet masing2..hohohoho...http://www.emocutez.comDi atas merupakan lampu deko yang menggamit pandangan ku serta tanganku untuk meng'snap'nya..jarang jumpa lampu sebegini..ada bnyak spesis lagi..tapi mood makan lebih mendahului..hohoho...http://www.emocutez.com

Paparan terakhir..mangkuk aku paling murah berharga RM6.60 dan mangkuk SR paling mahal RM10.80..memang penuh mangkuk la minah sorang ni..steady je makan..aku walaupun banyak tu je..dah senak perut ni..syukur...Alhamdulillah..http://www.emocutez.com

Oh ye untuk makluman semua restoran ni dibuka pada pukul 6 petang sehinggalah tengah malam..hari tutup tak ingat @ tak perasan plak..kami pergi bertujuh sahaja pada petang itu..walaubagaimanapun semua pulang dengan rasa syukur sebab dapat menikmati semangkuk yong tau foo setiap seorang..yummy..yummy..

Ok..cukup dulu entri kali ini..mau bersiap-siap packing barang untuk diangkut pulang terus ke Perak..Selamat tinggal Melaka..tahun depan datang lagi untuk Majlis Konvokesyen KeEnam UTeM di mana aku dan rakan2 akan melangkah ke Dewan Utama UTeM untuk meraikan pelaksanaan Ijazah Sarjana Muda kami..Insya-Allah..http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Sunday, June 21, 2009

SeLamat Hari Bapa...

Bismillahhirrahmanirrahim...sebagai pembuka bicara..entri kali ini aku nukilkan sempena hari bapa seluruh dunia yang disambut pada 21 Jun setiap tahun..walaubagaimanapun sebagai umat Islam tiada istilah untuk menyambut atau menghargai seseorang mengikut tarikh-tarikh tertentu..Sesungguhnya hari-hari yang dilalui perlulah sentiasa diiringi dengan kasih sayang dan keikhlasan..

Apakah yang dimaksudkan dengan seorang ayah,bapa,abah,walid??tidak kira la ianya bapa kandung,bapa angkat maupun bapa tiri mereka tetap seorang insan yang bergelar bapa yang membesarkan kita dari kita kecil sehinggalah sampai mereka menutup mata..tiada ungkapan lain ataupun perbuatan yang bisa menerangkan bagaimana gembiranya hati si bapa tatkala mendengar khabar anak yang selama-lama ini dinantikan dalam sebuah kehidupan keluarga akhirnya selamat dilahirkan dan diazankan supaya kalimah "Allahhuakbar,Allahhuakbar.." adalah merupakan kalimah yang pertama didengar sebaik sahaja menjengah ke alam dunia..

Tanpa bapa siapalah kita untuk menjengah ke alam nyata ini..Hormatilah mereka selagi mereka masih bernyawa dan hargai segala jasa pengorbanan yang dicurahkan..Sayangi mereka dan jangan sesekali mengabaikannya...

Sebelum aku mengakhiri entri kali ini...Aku titipkan ucapan 'SELAMAT HARI BAPA' BUAT abahku yang bernama Mat A'Isa Bin Hassan..semoga Allah terus kurniakan kesihatan yang baik serta tidak jemu-jemu dalam mendidik serta membesarkan anak-anakmu ini..Ani dan adik-adik lain sayang abah..maafkan segala kesilapan kami selama ini dan Ani telah buat yang terbaik sepanjang dalam tempoh belajar ini..Qada dan Qadar Allah tiada siapa yang tahu..sesungguhnya Ani sebagai manusia, hanya mampu berusaha..tiada kuasa melawan takdir-Nya..hanya restu dan doa daripada abah dan emak mengiringi kejayaan kami di dunia hingga ke akhirat..Amin..

MAT AISA
MMesra
AAmanah
TTulus
AAlim
IIkhlas
SSuci
AAbadi

Sebelum berakhir nukilanku kali ini..dibawah ini aku sertakan doa untuk Ibu Bapa..

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Friday, June 19, 2009

Pesan Nabi Sebelum tidur...1 minit sahaja..

Bismillahirrahmanirrahim...aku mulakan dengan bismillah sebagai memulakan entri kali ini..Aku mahu berkongsi bersama sekalian pengunjung blog ini sebagai amalan dan kebaikan kita bersama dalam memastikan tidur kita di malam hari lebih diberkati dan dilindungi Allah S.W.T. dan para malaikatNya..insya-Allah..

Sekadar ingat mengingati.. ...

SEBELUM TidurPerkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidursebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah :"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaan irrohiim,

Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walamyakullahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semuaakan memberi syafaat di hari kiamat.Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaaMuhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuumwa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah "Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahiwalaailaahaillalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.* Kalau rajin..

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yanglain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Rencana dipetik dari blog saudara buaya-merah.blogspot.com.

Monday, June 15, 2009

UniKnyA WaNita..Buat TataPAn Si LELakI..

Salam semua..erm..nukilan kali ni bukanlah sepenuhnya dari nukilan aku..tapi aku ambil dari salah 1 blog yang aku ikuti..kalau nak tau apa uniknya seseorang wanita..mari kita baca info di bawah..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4.Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15.Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


3 BiTD(2006-2009) PiCnIc at PanTai PuTEri,MelaKa-Part 2

Bertemu lagi kita dalam episod '3 BiTD(2006-2009) PicNic at Pantai Puteri, Melaka-Part 2'..http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com(Gambar diatas kiriman dari Liza-Direct Entry kelas kami..thanks for your pic..)

Indahnya mengenangkan saat itu.. kami beramai-ramai satu kelas 3 BITD bersama-sama melaksanakan program ini..walaupun pada sebelum ini banyak sungguh dugaan untuk menjayakan program ini, akhirnya ia berjaya juga dilaksanakan..Walaupun tidak kesemua rakan2 sekelas yang hadir namun acara tetap meriah tanpa sebarang cacat cela maupun tidak puas hati..semuanya berjalan dengan lancar dan Alhamdulillah jemputan terhormat kami Dr Yahya Ibrahim merangkap Penasihat Akademik kami terutama Group 1 3 BITD turut hadir memeriahkan majlis ini hadir bersama isteri, anak2 beliau yang comel2 dan 'maid' beliau..http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Tak mahu bercerita panjang..mari kita tinjau apa lagi aktiviti kami sepanjang majlis tersebut..http://www.emocutez.comsemua kumpulan bersedia untuk menjawab klu yang digayakan oleh wakil salah seorang dari kumpulan masing2...Penentuannya group hunnybee la menang(group 2) dlm game ni..yeay!!!http://www.emocutez.com


weeee...happynya berendam sebelum menanti ketibaan sarapan pagi..http://www.emocutez.com

Photobucket
tu dia...irman kena timbus..dia shuke..rasain dia..http://www.emocutez.com

Photobucket
Irman si duyung jantan..hahahaha..Ekslusif dari hunnybee.blogspothttp://www.emocutez.com



Istana pasir group 1-Yasir,Liza,Fida,CJ,Diba,Hajar..-tempat ke3http://www.emocutez.com

Istana Pasir Group 2-Group hunnybee...hasil idea kreatif dari Loga dan gabungan idea bersama..istana kami lagi besar...ahli lain hanif,alif,shida dan teong...kami dapat tempat ke-2 dari keseluruhan...http://www.emocutez.com

Hasil kreativiti istana pasir group 4-dianggotai oleh Irman,Zura,Wong,Rao,Zatul,Azfari..-tempat ke4..http://www.emocutez.com



Kreativiti Group 3-Poly Castle..bola2 pasir idea kreatif dari CK..tempat pertama istana pasir...turut dianggotai oleh
Erni,Syafa,Zuraina,Izati,Ziana..http://www.emocutez.com

Photobucket
Sesi makan tengahari..bbq ayam bersama-sama..ketua BBQ mr Rao..dari Kiri-Ella,Cj,Zatul,Linda,Erni,Shida,Liza,Aku & RAo...http://www.emocutez.com

Photobucket
Lauk tengahari kami..ayam BBQ selain nasi goreng udang, bihun goreng,satay ayam dan sayur campur..http://www.emocutez.com

Photobucket
Sesi bergambar dengan Dr Yahya..beliau yang memakai baju belang biru gelap dan putih..Thanks for coming Sir!!http://www.emocutez.com

Photobucket
Sesi melompat beramai2..weeee...http://www.emocutez.com

Photobucket
Aku bersama ladies2 Dierct Entry BiTD-berdiri dari kiri..adibah dan liza..duduk dri kiri Mrs Izati,Ziana,Shida dan Fida..http://www.emocutez.com

Photobucket

Sesi berkumpul sebelum majlis penyerahan bertukar-tukar hadiah..http://www.emocutez.com

Photobucket
Antara hadiah yang kitorang dapat..diantaranya tuala,tabung,pelapik kaki(akula tu yg dapat-thanks Hajar),frame gambar,mug,mouse wireless,tabung,bekas2 yang comel,set gelas dan lain2..http://www.emocutez.com

Setelah acara bertukar-tukar hadiah..kami bersalam beramai2 sebagai salam terakhir seandainya tidak jumpa lagi selepas ini..mungkin ada yang berjumpa ketika final presentation PSM 2 nanti dan ada yang tidak..saat ini air mataku mula menitis mengenangkan kenangan sepanjang bersama dari awal kami menjejakkan kaki di UTeM sehinggalah ketika itu...oh..aku sangat shedih..air mata bertakung dan akhirnya ia mengalir juga...http://www.emocutez.com

Semoga kalian sukses selalu dan jangan lupa rakan-rakan mu ini..terima kasih atas segala sokongan suka duka bersama dalam menempuh semua dugaan ini.semoga kita dapat berkumpul bersama di Majlis Konvokesyen UTeM kali ke6 pada tahun depan-2010...insya-Allah..semoga ianya termakbul..tak sabar rasanya menanti saat itu..kita bersama2 melangkah ke dewan besar UTEM dalam memakai jubah konvokesyen dan menggenggam skrol Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Pangkalan Data..insya-Allah..salam Sayang dariku...
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com



~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker