~Sertai Saya~

Tuesday, June 2, 2009

Majlis Perkahwinan Dalila & Firdaus..

Salam semua buat para pengunjung blog aku..terima kasih keran mengikuti blog ini..setelah beberapa hari aku tidak meng'update' post yang baru untuk blogku..kini aku tampil dengan ceria dan cerita ke mana aku menghilang..http://www.emocutez.com

Pada 28 Mei iaitu hari Khamis aku dan 2 orang sahabatku Azila dan Kak Lia telah selamat sampai ke kampung halamanku dan Azila di Ipoh pada pukul 9malam setelah bertolak dari Melaka dari pukul 3petang ke KL dan dari KL ke Ipoh pada pukul 6.30 petang dengan bas ekspress Transnasional..Sebaik tiba kami diambil oleh keluarga masing2..http://www.emocutez.comSyukur alhamdulillah kami sampai dengan selamat..Tujuan utama kami balik kampung kali ini adalah bukan sahaja merindui keluarga malah kami memenuhi jemputan sahabat baik kami iaitu majlis perkahwinan Dalila..http://www.emocutez.com

Oklah..pada keesokan harinya, petang Jumaat aku dan Erni bertolak dari rmh sewa adik Erni di Taman Cempaka manakala Azila dan KaK lia menaiki kereta bersama menuju ke Jaya Jusco Ipoh kerana Kak Lia nak beli hadiah untuk Dalila..sambil aku dan Erni menanti ketibaan Kak Lia dan Azila , kami mengambil keputusan menunggu mereka di food court JJ sambil menikmati 2biji donut + air kiwi...yummy..yummy..Setelah diorang pun tiba, dan K. Lia pun dah dapat ape dia berkenan, dalam pukul 6.30 ptg kami bertolak ke rumah Dalila..Hampir pukul7 barulah kami di tiba di rumah Dalila di Kampung Tengku HUssein,Manjoi..kami lewat sket je sebab terlepas jalan..Dalila dah bertolak ke masjid untuk acara nikah..http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comNasib baiklah ada ahli keluarga Dalila yang sedang sibuk memasak di luar lantas aku bertanyakan masjid di mana langsungnya pernikahan tersebut..Setelah tiba di masjid berkenaan, kami menunaikan solat Maghrib berjemaah dan setelah itu acara nikah pun dimulakan..oh alangkah peritnya hati ku pada malam itu yang sepatutnya menjadi malam menggembirakan kerana meraikan pernikahan Dalila..ada sesuatu yang berlaku yang mencetuskan rasa tidak enak buat diriku..sedihnya..biarlah orang2 yang berada pada masa itu sahaja mengetahui apa yang berlaku..http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comsetelah tamat acara pernikahan kami pergi semula ke rumah Dalila untuk upacara membatalkan air sembahyang dan juadah makan malam..
(ps:maaf gambar2 sekitar pernikahan tidak dapat disertakan atas sebab teknikal,mungkin di nukilanku yang lain)

Tiba juga hari yang ditunggu-tunggu, berlangsunglah upacara meraikan pasangan pengantin di rumah Dalila pada keesokan harinya pada hari Sabtu..kami pergi dengan menaiki 4 buah kereta dan berkumpul di depan Hotel Casuarina Ipoh sebelum bertolak ke rmh Dalila..hampir 12.30 tengahari kami tiba ke rumah Dalila..sebaik tiba kami bersalaman dengan emak Dalila dan seterusnya masuk ke dalam rumah untuk bergambar dengan pengantin..Di bawah ini adalah gambar sepanjang kami berada di rumah pengantin..

Setelah masa menginjak hampir pukul 2 petang kami pun meminta izin dari pasangan pengantin untuk pulang..Terima kasih Dalila dan Firdaus sudi menjemput kami..semoga kalian kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dan mendapat anak-anak serta cucu-cucu yang soleh serta beriman serta..semoga mahligai impian yang dibina kekal selamanya..Amin..

Sebagai pengakhir nukilanku kali ini..seandainya Dalila membaca ruanganku ini aku tititpkan di sini satu doa yang berguna..


Doa Cinta Sang Pengantin

Ya Allah andai Kau berkenan, limpahkanlah kepada kami
Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu
Rasulullah dan Khadijah Al Qubro,
yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Imam Ali dan Fatimah Az-Zahra,
yang Kau jadikan penghias keluarga NabiMu yang suci

Ya Allah, jika semua itu tak layak bagi kami,
maka cukuplah permohonan kami dengan RedhaMu,
Jadikanlah kami sebagai suami istri
yang saling mencintai dikala dekat,
saling menjaga kehormatan dikala jauh,
saling mengingatkan dikala bahagia,
saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan

Ya Allah sempurnakanlah kebahagiaan kami
dengan menjadikan perkawinan kami ini
sebagai ibadah kepadaMu dan bukti pengikutan dan cinta kami
kepada sunnah RasulMu
Amiin…



Sekian dulu..Wassalam..sebagai penutup nukilanku kali ini..
renung-renungkanlah ayat di bawah...

Mungkin kerana kita leka... sekali pena terlepas dari genggaman, ucapan 'oppss' mendahului YA ALLAH, bila perut kenyang, 'haa...kenyangnya' mengatasi ALHAMDULILLAH, bila terpegun dengan keindahan alam, SUBHANALLAH ditutup oleh 'cantiknya', bila dikunjungi berita malang, 'kasihannya' terucap kerana kita lupa pada INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUUN, kadangkala kita lupa kerana kita terbiasa... tp ingatlah agar bila Izrail mendekati kita, biarlah ucapan LAILAHAILLALLAH menjadi juara mengatasi segala kata2..


1 comment:

  1. Wah..sampai2 melaka terus post en3 nie eh..hehehe..alor cian nyer dia..jgn dikenang lgi peristiwa mlm 2..

    ReplyDelete

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker