~Sertai Saya~

Thursday, June 4, 2009

Masa saya kecik dulu..

Rules And Regulation: Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg org xtau semasa kecil anda.

**Ini adalah bingkisan tag yg aku dapat dari adik Wani ex-DIT UTeM..akak cubalah jawab walaupun tak berapan ingat kenangan ketika masih kecil...***
  1. Aku dilahirkan pada November 1984 selepas beberapa bulan arwah opah dan nenek(aku panggil atuk-nenek) berpindah di rumah mereka sekarang di Kampung Sri Ampang, Ipoh..
  2. Aku dilahirkan di Hospital Besar Ipoh...waktu tak ingat...
  3. Aku merupakan anak sulung kepada emak dan abahku juga merupakan cucu sulung..http://www.emocutez.com
  4. Arwah opah pernah cerita..dulu masa aku kecik aku ada sakit(sakit ape tak ingat)..arwah opah bawa aku pergi berubat..tapi bila saja orang yg mengubatkan aku tu suruh seru nama dia..langsung arwah opah tak bawa aku pergi berubat sudah..http://www.emocutez.com
  5. Pertama kali belajar makan pedas dengan Pak Itam(adik Mak) aku, masa tu kenduri kat rumah opah..tengok dia sedap je makan pedas..aku pun suruhla dia suap..masa umur berapa tak ingat plak..shedap sangat masa tu makan lauk ikan masak pedas kot..
  6. Aku pernah tengok mak menangis..pastu aku kuar dengan abah..balik tu abah suruh pujuk..pasal ape tak ingat jugak..
  7. Aku dengan adik bawahku pernah terkurung di dalam bilik air kat bekas rumah kami di Taman Desa Indah..masa tu ada arwah opah belah abah...huwaaaa...menangis..dah pandai kunci tak pandai nak buka balik..tula gatai tangan lagi..http://www.emocutez.com
  8. Ada 1 hari balik dari tadika Kemas, Pak Itam ambik aku dan adik ke2 ku pulang..accident sebab ada 1 kereta kat rumah kawan nenek aku reverse tak tengok belakang..terbalikla kitorang..berdarah hidung adik aku..nasib baik aku takde ape2..
  9. Kali pertama merasa pakai baju dan topi konvokesyen waktu tamat pengajian tadika Kemas..majlis di Surau Al-Huda, Kg Sri Ampang..dulu surau kayu..sekarang dah gah dengan surau bata..
  10. Dulu masa kecik, kalau emak beli ape2 mesti tunjuk kat arwah opah..pastu sedih sendiri bila dapt tunjuk kat arwah opah..
  11. Masa arwah opah ada, selalu ikut arwah opah pergi beli ikan kat pasar Super Kinta naik teksi..takpun ikut mak pergi kerja pastu mak dropkan kat pasar...sekarang Super Kinta pun dah takde lagi..tinggal pasar jual barang2 basah seperti ikan dan pasar ayam saje..
  12. Pertama kali pergi Langkawi pun dengan arwah Opah, Acik dan Acu..ya-Allah tanpaku sedar air mata ku menitis tiap kali teringatkan arwah opah..http://www.emocutez.com
  13. Masa Sekolah Rendah Sg Rokam, aku pergi sekolah naik van..selalu takut kalau terlepas van sebab kadang2 arwah opah lambat masak..jadi nak tak nak aku belajar masak selagi termampu..
  14. Masa kami 4 beradik kecil lagi emak dengan abah kalau pergi jalan jauh bawak adik bongsu..tinggalkan kami dengan arwah opah..tau-tau je dah suruh tidur rumah opah..
  15. Pertama kali juga aku mengenal Tanah Tinggi Genting Highlands ketika berumur lingkungan 9-10 tahun..masa tu abang sepupu kahwin..kami dok di 1 apartmen kat Genting..nak main free je..http://www.emocutez.comsebab Mak Saudara Supervisor indoor game..kami pergilah mana nak pergi pun...main outdoor pun seronok masa tu sebab masih sejuk lagi..tak macam sekarang semuanya dah berubah dek rakusnya manusia dengan alam..
  16. Masa adik2 mak kahwin, mak ramai adik-beradik lelaki..pakcik-pakcik kahwin mesti sedih tak tau kenapa...http://www.emocutez.com
  17. Masa kecil saya tak suka balik kampung di Chemor..sebab saya takut tandas kat luar..nak kencing malam2..takut ma..
  18. Disebabkan saya jarang nak balik kampung, tapi bila ada saudara-mara kenduri insya-Allah saya pergi..abah dah pesan..jangan tak pergi atau tak kenal saudara-mara nanti bila abah dah takde, siapa lagi yang menjadi wali buat kami kalau bukan sedara abah..abang abah..http://www.emocutez.com
  19. Pertama kali kena kejar anjing masa lalu belakang rumah di 1 kawasan kat Taman Seri Ampang..apae lagi pecutle...http://www.emocutez.comhaiya...nasib baik tak kena gigit..
  20. Pernah rasa sekali sahaja berpindah dari Taman Seri Indah ke Taman Ampang..tak jauh pun..umur berapa tak ingat masa tu..dalam tahun 1992 kot..
  21. Masa kecik2 ape lagi suka bergaduh adik-beradik..tarik-tarik rambut, berkejor2..pantang tercuit sket..mesti balas balik..http://www.emocutez.comheheheh...
  22. Ada 1 ketika, nak beli baju di Super Kinta, mak nak carikan baju tuk aku..mak minta tolong jurujual tu carikan..siap boleh tanya..ni lelaki ke perempuan..hehehe..dulu baju kurung pun susah nak pakai..asyik tshirt dengan seluar..http://www.emocutez.com
  23. Masa darjah 3..SRK Sungai Rokam masa tu ada nak buat majlis maulidur Rasul kot kat sekolah..ada ke patut baru kalut nak pergi cari baju kurung..http://www.emocutez.comnasib baiklah ade yg 'ready made'..masih aku ingat baju kurung bercorak kotak merah putih pastu ada kucing2 comel warna kuning..dah jadi ape agaknya baju tu sekarang..
  24. Masa darjah 3 juga aku pernah tercucuk gunting yg jenis lipat pada masa tu waktu lari2 dengan kawan..entah macamana aku leh terduduk atas bungkusan baju Pendidikan Jasmani(PJ),dalam tu ada gunting lipat yang dilipat....adei.berdarah le punggungku..hehehe...
  25. Dalam sekolah rendah jugak aku pernah kena pulas telinga dengan Puan Bariah..aduish..sakitnyahttp://www.emocutez.com..budak2..entah nakal ape masa tu..
Ermm...rasanya itu saja yang mampu ku jawab..sudah cukup pun kuota yang perlu dipenuhi iaitu sebanyak 25..thanks my dear..Wani..sedih juga bila mengimbas kembali kenangan2 ini..tatkala bila mengenangkan banyak kenanganku bersama arwah opah..maklumlah emak berkerjaya..apa2 pun nasib baiklah rumah opah dekat..opahlah yang banyak mengajarku bermacam2 hal..kalau tak belajar memasak dari kecil dulu sudah tentu aku tak pandai memasak sekarang..apa-apa hal pun mesti mengadu kat opah dulu..http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comsekarang opah dah takde lagi..tanggal 29 Januari 2009 genaplah 5 tahun arwah opahku menghembuskan nafas yang terakhir..semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman..Amin..

2 comments:

  1. hehe..sdeh r mai bc tag ko ni..ingt waktu kecik2 ni mmg best..xpyah pk pape..pk mkn tdo jek..xmcm skrg..mcm2 nk pk..**ela

    ReplyDelete
  2. sian la..baju kurung mstla utk pmpuan.. mst salesgirl cina

    ReplyDelete

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker