Habis SPM aku pernah melanjutkan pelajaran di dalam Tingkatan 6 rendah di SMK Raja Perempuan, Ipoh dalam tahun 2002. Pertengahan tahun aku berhenti dari Tingkatan 6 dan melanjutkan pelajaran dalam Pra-Ijazah di UNITAR(cawangan Sungkai pada masa itu). Awal 2003, seterusnya aku melanjutkan pelajaran ke peringkat BBA(Bachelor Business Administration) di kolej yang sama sehinggalah pertenghan tahun. Aku hanya sempat mengikuti satu semester sahaja disebabkan faktor kewangan pada masa itu(maklumlah swasta).
Bulan Ogos 2003, setelah aku berhenti belajar aku mencuba dengan bekerja sebagai jurujual buat pertama kali di Nagoya Textiles Ipoh di UO,Greentown Mall. Di sini aku belajar selok-belok bagaimana berniaga kain dan sekurang-kurangnya adalah aku sedikit ilmu berkaitan jenis-jenis kain ni, tak lupa juga macam-macam orang aku jumpa tak kiralah dari tukang jahit sehinggalah yang berpangkat . Waktu tu siap ramai yang rekemen suruh masuk polis. Maklumlah tinggi dah ada, cuma beratnya saja.hehehe… Lumrah seorang perempuan yang suka melihat pada warna-warna yang menarik dan fabrik yang bagus..aku pun sama rambang mata kalau datang kain-kain baru…heheheh..Satu yang bagusnya kerja macam ni memangla kita penat berdiri lebih tapi selain tu kalori banyak terbakar sebab kita banyak bergerak terutama aku yang di bahagian langsir, sedepang-depang, seberat-berat, setinggi-tinggi kain aku melipat langsir. Yang seronok waktu bulan puasa, bergulung-gulung langsir ditumbangkan. Masa ni memang syokla layan pelanggan sambil kumpul komisyen banyak-banyak. Sehinggalah aku meletakkan jawatan pada 30.12.2003 untuk menyambung pengajianku di politeknik.
No comments:
Post a Comment