~Sertai Saya~

Wednesday, March 25, 2009

~ Bila Nak Kahwin ~

Di sini orang bertanya 
Di sanaorang menyoal 
Tak kira teman mahu kenalan 
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan 
Begitulah nasib orang bujang 
Tak kira lelaki mahupun perempuan 
Bila nak kawin 

Keluarga pun dah mula risau 
Si teruna. 
emak bimbang jadi bujang terlajak 
Si dara. 
ayah takut bergelar andalusia 
Bila nak kawin 

Jiran turut sama menumpang tanya 
Bila dijawab jodoh belum ada 
Kata mereka, kita kenalah usaha 
Mandi bunga salah satu caranya 
Tak pun mandi ais boleh dicuba 
(he..he..ni cadangan pelik kawan saya) 
Bila nak kawin 

Aduuuhh... aku disoal lagi 
Kawin 
Nak kawin dengan sapa? 
Calon pun takde. 
Hah!!! 
Awak tu memilih sangat agaknya 
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata 
Bila nak kawin 

Akan ku kawin jam ni juga ( haa.haa.haa) 
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam 
Atau semudah membeli VCD cetak rompak 
Atau sesenang memakan twisties.. 
Bila nak kawin 

Aaahhh.sungguh aku bosan 
Banyak yang lain boleh jadi persoalan 
Kenapa asyik itu yang dihadapkan 
Apa kita nak heran 
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan. 
Bila nak kawin 

Pada yang masih bujang 
Biarkanlah mereka terus bertanya 
Usah ditunggu letih mulut mereka 
(Takkan letihnya sampai bebila..) 
Kalau ada jodoh.Insya-Allah takkan ke mana. 
Bila nak kawin ...

-Petikan dari Friendster Rakanku- MisZ Eja~~ Eja's~~

No comments:

Post a Comment

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker