~Sertai Saya~

Monday, August 24, 2009

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA..

Assalammalaikum dan dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim sebagai pembuka penulisan ku kali ini..entri kali ni aku nak mengucapkan Selamat Berpuasa buat semua rakan-rakanku serta sekalian pengunjung blogku ini..Adalah dengan rasa rendah dirinya saya nak memohon kemaafan di atas setiap tuturku maupun ada sebahagian penulisanku yang tidak enak dibaca serta tingkah laku ku yang aku sedar ataupun tidak sedar..sesungguhnya aku hanya manusia kerdil yang tidak pernah lari daripada sebarang dosa..http://www.emocutez.com

Semoga Ramadhan kali ini kita beroleh lebih barakah dengan memperbanyakkan ibadat dan ikhlas dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diperamanahkan..Semoga kita juga jangan terlalu mengikut nafsu serakah dalam membeli makanan..elakkan sebarang pembaziran,sekiranya tidak habis baiklah disedekahkan kepada haiwan peliharaan seperti kucing..malah bertambah2 pahala dengan bersedekah sedemikian rupa..Elakkan juga dari bercakap sebarang perkara yang kurang bermanfaat agar terhindar dari sebarang dosa.. lagipun di dalam bulan puasa ni eloklah kurang bercakap dan basahi bibir dengan setiasa berzikir kepada Allah dan Rasul..

Di dalam bulan puasa ini eloklah kita mengamalkan makan buah kurma untuk memastikan badan kita mendapat tenaga yang cukup, antibodi yang kuat supaya terhindar dari sebrang penyakit yang memudaratkan terutama dengan wabak H1N1 yang makin serius..dan sehingga kini negara kita mangsanya sudah menjangkau seramai 68 orang..awas bagi sesiapa yang kurang sihat tu..elakkan dari terlampau tededah dengan kawasan yang melibatkan ramai orang..Sebelum aku akhiri entri kali ini marilah kita bersama-sama memenuhkan rumah Allah dengan mengerjakan solat sunat Terawih dan bertadarus..http://www.emocutez.com

Oklah cukup dulu setakat ini..semoga Ramadhan kali ini lebih membawa seribu erti buat semua dan jalankan ibadah sebnyak mungkin supaya bertambah amalan kita di buku catatan sebelah kanan kita..Amin..
Insya-ALLAH..Akhir kata jangan ponteng puasa secara sengaja ye..Allah melihat ape yang kamu lakukan..bagi kaum Hawa, jangan pula melengah-lengahkan waktu suci, dosa menanggungnya..Wassalam..http://www.emocutez.com








No comments:

Post a Comment

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker