~Sertai Saya~

Thursday, September 17, 2009

SeLamat Hari Raya...

Assalammualaikum...Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan yang ku sayangi, para guru dan semua ahli keluargaku..tidak lupa kepada semua pengunjung blog ku ini..Mohon maaf atas segala keterlanjuran kata, terlebih bicara maupun perbutan yang mengundang ketidakpuasan hati juga atas segala penulisanku yang terlebih bahasa mahupun ada yang tidak sesuai dikongsi bersama..semoga di Hari Raya ini semua insan bergembira dan jangan ditangisi bagi yang telah tiada..iringi pemergian mereka dengan doa semoga dosa mereka diampunkan dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh..Amin..

Bagi kengkawan yang sudah berumahtangga..pasti mengundang satu kenangan yang serba baru apabila ahli keluarga yang sudah bertambah..bagi yang masih bujang, bak nasihat staf-staf ICT UPSI ni, berayalah puas-puas di samping keluarga tersayang..penuhi masa yang ada dengan menziarahi rakan taulan yang lain..maklumlah apabila dah berkeluarga nanti banyak komitmen yang harus disempurnakan..

Hati-hati pulang ke kampung..memandulah dengan selamat supaya semuanya dapat bergembira bersama...

Sekian dulu nukilan merangkap ucapanku kali ini..jumpa lagi di entri yang lain..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN..


No comments:

Post a Comment

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker