~Sertai Saya~

Wednesday, October 21, 2009

PanTun Malas Sembahyang..

Assalammulaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua para pengunjung blog ku ini..Entri kali ini aku tampilkan 'Pantun Malas Sembahahyang' sebagai renungan kita bersama untuk dihayati dan difikir-fikirkan..Seharusnya kita bersyukur kerana nyawa kita masih dipanjangkan dan kita masih diberi kesempatan untuk menunaikan ibadat kepadaNya dan mencari rezeki di atas BumiNya..Amin..Syukur..Alhamdulillah..


Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah hidup
senang rezeki datang melimpah,
nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata darah

Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku berakal,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Pantun di atas dipetik dari
Scribd.com

No comments:

Post a Comment

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker