~Sertai Saya~

Saturday, December 18, 2010

Blog saya dah berubah wajah..

Assalamualaikum pembuka bicara buat semua pengunjung blogku ini..terima kasih kerana menyinggah ke sini..Setelah hampir setahun barulah ada sedikit masa untuk mengemaskini blog ini setelah sekian lama..Alhamdulillah tercapai juga hasrat nak menukar latar belakang blog yg baru..
Sebaik terpandangkan gambar2 pada nukilanku yang lepas terutama pada hari raya tahun lepas, itu adalah raya terakhir kami sekeluarga meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama arwah atok. Arwah atok telah menyahut seruan Ilahi pada 2-Ogos-2010, hampir seminggu sebelum menjelang Ramadhan & lagi beberapa hari aku menghadiri Majlis Konvokesyen-ku. Sedih memang sedih, tapi kita yang masih hidup harus meneruskan liku-liku hidup ni..
Terlalu banyak perkara berlaku sepanjang hampir setahun ni..ada suka, ada duka, ada pahit dan ada manisnya. Hari ni genap umurku 26 tahun 1 bulan dan semalam-17-12-2010 genap ulangtahun perkahwinan ibu dan bapaku ke-27 tahun, Alhamdulillah. SELAMAT ULANGTAHUN EMAK & ABAH, SEMOGA KALIAN TERUS BERBAHAGIA DI DUNIA & AKHIRAT & SEMOGA KAMI ADIK-BERADIK SENTIASA BERADA DI BAWAH KEREDHAAN IbuBapaku..AMIN..
Tahun 2010 hampir melabuhkan tirai, 2011 makin menginjak tirai baru..diharapkan tahun yg mendatang lebih baik dari yang sebelumnya dan aku terus meningkatkan taraf hidupku lebih maju lagi..insya-Allah..kepada kalian semua teruskan berusaha dalam meningkatkan taraf hidup & jangan tinggal solat tau..sentiasalah berdoa pada Allah tidak kira di kala senang maupun susah..jumpa lagi di nukilan yang lain..

No comments:

Post a Comment

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker