~Sertai Saya~

Tuesday, December 28, 2010

Wahai Muslimin..saya merayu pada anda sekalian!!

Assalammualaikum pembuka bicara..Salam singgah ke blog ini…mungkin agak keberatan mendengar entri ku kali ini..Apa yang aku ingin perkatakan di sini ialah aku menyeru kepada semua muslimin sekalian yang kadang-kadang maupun yang selalu menggunakan telekung ataupun sejadah di masjid-masjid dan di surau-surau…Tolonglah jaga kebersihan bersama telekung2 berkenaan..
Sudah guna tolonglah lipat baik2 atau digantung sebaiknya..Sedih aku lihat telekung2 yang sepatutnya indah dipakai untuk mengadap Allah bertukar menjadi kehitaman ataupun ber’tahi lalat’..kengkadang naik geli nak menggunakan telekung yang tersedia bila sesekali keluar tak bawa telekung..tapi bila memikirkan kewajipan kepada Allah, kuturutkan jua walau keberatan..bukanlah nak memaksudkan diri ni alim ataupun pembersih sangat..tetapi apabila memikirkan kemudahan yang dah disediakan silalah guna dengan baik dan lipat baik2.. ada tu main limpok je letak lembab2 pun..lipat pun lekeh2 je..sedih saya melihatnya..
Bila dah ada orang kemaskan, bila datang yang lain..habis berselerak balik kain2 telekung tu, main limpok (bahasa Perak)/letak je kain tu tanpa lipat baik2..pelik juga bila memikirkan kenapa kat rumah telekung sejadah sendiri kita boleh lipat, gantung baik2..tetapi bila di surau2 atau masjid2 kita tidak boleh berdisplin sedemikian rupa??.. Saya tak tau pula bagaimana keadaannya di tempat solat lelaki…fikir2kanlah..lagipun itu kemudahan untuk semua..
Diharapkan kaum muslimin & muslimat sekalian, sekiranya di rumah anda boleh menjaga dengan baik pakaian untuk anda beribadat kenapa tidak di tempat awam?! Sama2lah kita bertanggungjawab dengan kemudahan awam lagi2 pakaian untuk beribadat..bukankah dalam Islam menggalakkan kita bersih dalam menunaikan ibadat..jadi fikir2kanlah..
Hadis 1:
“Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapaknya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)”
Hadis 2:
“Diriwayatkan dari Malik Al Asy’ari dia berkata, Rasulullah saw. bersabda : Kebersihan adalah sebagian dari iman dan bacaan hamdalah dapat memenuhi mizan (timbangan), dan bacaan subhanallahi walhamdulillah memenuhi kolong langit dan bumi, dan shalat adalah cahaya dan shadaqah adalah pelita, dan sabar adalah sinar, dan Al Quran adalah pedoman bagimu.” (HR. Muslim)”

No comments:

Post a Comment

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker