~Sertai Saya~

Thursday, May 14, 2009

Guru, Cikgu, Pendidik, Pensyarah....

Siapa itu guru?..tidak kiralah apa juga yang kita gelarkan kepada seorang insan yang bergelar pendidik merekalah guru, cikgu, pensyarah yang kita sanjungi..merakalah insan yang menabur segala ilmu untuk dikongsi serta diterapkan bersama kepada semua anak muridnya..mereka jugalah yang sentiasa memastikan anak muridnya memahami setiap apa yang diajarkan, agar para pelajar tidak termangu-mangu apabila diminta memberi jawapan..

Tetapi mengapa semakin manusia menerajui arus teknologi globalisasi, manusia semakin biadap dengan seorang insan bergelar guru..anak-anak zaman sekarang pantang kena rotan sikit, cubit skit dah nak mengadu..lepas tu ibubapa datang ke sekolah membentak2 memarahkan guru..Siasatlah dulu wahai para ibu bapa..mungkin ada sebab musabab kenapa seorang guru bertindak sedemikian...kalau bukan gurulah insan yang paling hampir dengan anak-anak, siapa lagilah yang dapat menegur mereka selain guru..ibubapa mungkin sibuk dengan kerja dan halnya masing2..ada masa ke memerhati semua tingkah laku anak2?
..

Berbeza sungguh zaman persekolahan dahulu dan sekarang..masih aku ingat ketika berada di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh(darjah 6(1996)-kalau tak silap), ada 1 ketika aku kena cubit dengan cikgu Muzikku sebab tidak membawa rekorder(sejenis alat muzik), sakit memanglah sakit..tapi seingat aku tak pernah aku mengadu dengan parentku..takut!!..silap2 aku kena cubit lagi..pada zaman persekolahanku tidak berani anak-anak nak mengadu dengan parent..aku juga pernah kena rotan masa berada di SRK Sungai Rokam, Ipoh(1991-1995)...biasalah nakal budak2..tak pernah pun aku mengadu dengan parentku..sebab aku tau salah sendiri & biar saja ia menjadi kenangan buatku..kalau tidak kena rotan, cubit..tidak mungkin aku menjadi MANUSIA seperti sekarang...

Atas didikan sebeginilah yang dapat mengajar seseorang menjadi manusia..menjadi lebih jujur..ada pepatah mengatakan
'ROTAN DISIMPAN, ANAK DIBIARKAN JADI SYAITAN' tengoklah sikap para pelajar sekarang yang bertindak kurang ajar dengan menyepak guru, melontarkan kata-kata kurang baik, merosakkan kereta guru dan sebagainya..itulah anak-anak millennium yang merasakan dirinya sudah 'BESAR' dan 'BAGUS'. Jangan sangka kamu selamat di dunia, di neraka belum tentu azab di sana..tanpa redha dan doa dari mereka jangan harap kita selamat di dunia dan dia akhirat..Berfikir dengan otak bukan dengan kepala lutut..'Lu fikirlah sendiri'..

Buat para guru yang berada di SRK Sungai Rokam- Ipoh, SRK Seri Ampang-Ipoh, SMK Seri Ampang-Ipoh, SM Teknik Gerik-Gerik, tenaga pengajar di Kolej Taj(UNITAR)-Ipoh, Politeknik Ungku Omar(PUO)-Ipoh, Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM) dan juga kesemua para guru di seluruh Malaysia..jasa kalian tidak terhingga..semuanya hanya Allah saja yang dapa membalasnya..tiada kenangan terindah buat seorang guru apabila melihat anak didiknya berjaya..
SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU..tema hari guru tahun ini..Memandangkan Hari Guru akan menjelma tidak lama lagi iaitu pada 16/5/09 di sini aku selitkan Gurindam dan Sajak..

GURINDAM-Ilmu
Nor Asmeda Binti Mohd Daud,
Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka, Durian Daun, Melaka-2008

Tekun usaha jadi pedoman,
Semangat untuk maju ke depan.

Mengikut Rasulullah yang tercinta,
Tuntut ilmu sampai ke negara China.

Tuntut ilmu mengikut agama,
Panduan hidup kita bersama.

Sesiapa dia tinggi ilmunya,
Banyak berfikir kurang cakapnya.

Mesti patuhi ajaran guru,
Berkat dan kekal segala ilmu.

Ilmu itu penyuluh bangsa,
Bangsa berilmu bangsa berjaya.


http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

SAJAK-Jasa Guruku
Amelia Syuhada Binti Ahmad,
SMK(Agama) Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka-2006

Detik ini hatiku mula resah
apakah gerangan aku ke mari
untuk apa.

Ku lihat sana-sini
juga ada anak-anak muda bangsa
bersatu kami dibawah pondok ilmu.

Diasuh, diajar tulis baca,
bahkan penuh dengan kata-kata firasat.

Guru-guru
kau umpama lilin yang tegar setia
rela membakar dirimu
tiada kau
tiada jualah aku di sini
terima kasih cikgu
adaku ucapkan
moga dikau dipayungi
cahaya rahmat-Nya
amin.
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

SAJAK-Cinta Hakiki
Amelia Syuhada Binti Ahmad,
SMK(Agama) Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka-2006

Cinta hakiki
bunga-bunga yang lahir
sejak azali
iman dipupuk
kukuh dalam jiwa.

Bangsaku,
pelihara jiwamu
jangan terpedaya
hanyut dibuai alunan dunia
semaikan dalam sanubari.

Benih Muhammad
kan subur kembali
fikirkanlah akhirat sana
imanlah kunci sejahtera di syurga.

Dunia ini hanyalah kembali damai,
bila mana manusia berkasih sayang
leburkanlah semua rantai mazmumah
hawatul iman dicapai bersama.
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com


Gambar di atas sekilas bersama sahabatku dari kiri Linda, Aku, Aini dan Zatul..tertinggal gambar ni untuk post sebelum ini...Ok..sekian dulu..nukilan kali ini bukan untuk beremosi tetapi renung-renunglah sendiri...

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

No comments:

Post a Comment

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker