Hari ini merupakan hari pertama aku dan beberapa orang rakan yang lain menyertai kelas JAVA yang dikendalikan oleh Pn. Kasthuri..Bertempat di Pusat Pengajian Siswazah, Tingkat 4, Bilik Kuliah 2(UTEM)..Hari pertama kelas, kedatangan amat memberangsangkan walaupun tidak kesemuanya hadir..Semua menanti dengan penuh kesabaran untuk memulakan kelas baru di dalam sem pendek ini dan mengharapkan ada sinar yang boleh merubah 'afford' kami berkenaan dengan JAVA..subjek yang agak 'killer' bagi kami pelajar IT yang sentiasa mencabar apabila bertembung dengan subjek 'programming' .




Semuanya memerlukan kefahaman yang tinggi serta usaha yang berterusan...Memetik kata Pn Kasturi 'If you do more practice, you can do it, Programming is like Mathematics, more practice, you can answer'....memang ada kebenarannya setiap kata yang dilontarkan oleh seseorang guru atau pensyarah itu..semua benda akan jadi mudah apabila kita selalu mengamalkannya..yang tak menjadinya disebabkan satu penyakit yang amat sukar untuk dipisahkan dalam diri seorang manusia seantero dunia iaitu penyakit MALAS...bila malas semua perkara tak menjadi..semua kerja jadi lambat.. Berbalik pada kisah kelas pertama ini..nampaknya semua memberikan respon yang baik dan mengikut sahaja tutur yang dikeluarkan oleh Pn. Kasthuri..

.jpg)
Setelah siap, Pn Kasthuri pun mulalah mengambil kedatangan kami dan bertanyakan siapakah yang mengajar kami subjek ini sebelum ini..kebanyakannya pernah belajar subjek ni di bawah naungan seorang Miss ni...tak perlulah kami nyatakan siapa dia..biar kami yang berkenaan je tau siapa dia..




.jpg)
.jpg)





semua ini harus diteruskan..JANGAN PUTUS ASA..CHAIYUK!! Begitulah minggu-minggu seterusnya..minggu ke7 ialah minggu pembentangan projek, minggu ke8(akhir) macam biasalah penutup segala semester peperiksaan akhir..final exam..huwaaa...

Semoga semuanya diakhiri dengan kejayaan dan lulus dengan baik...
Ku titipkan lagi nukilanku di bingkisan yang lain..Salam penulisan buat semua..

No comments:
Post a Comment