Kenapa kita perlu bersahabat, mempunyai teman, rakan2 dan apa sahaja gelaran yang diberikan kepada antara seseorang yang rapat dengan kita...Merekalah antara insan yang mewarnai hidup ini tatkala kita susah maupun senang, ketawa, sedih dan segalanya..ada sahabat yang boleh dijadikan teman sepanjang hidup..ada juga yang dalam diam, boleh 'memakan' sahabatnya sendiri..
Apa yang ingin aku coretkan di sini ialah betapa pentingnya para sahabatku yang berada di samping ku sekarang ini..merekalah teman di kala aku riang, sedih, ketawa, berkongsi masalah dan perkara lain yang sepatutnya..
Tidak kusangka sudah menjangkau usia5 tahun aku bersahabat dengan Dalila, Erni, Kak Lia, Azila & Norlin..Namun begitu aku lebih rapat dengan Dalila, Erni, Kak Lia, Azila..sejak kami menuntut di Politeknik Ungku Omar(PUO), Ipoh Perak sehinggalah kami sama2 menjejakkan kaki di bumi Melaka ini dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Degree. Aku dan Erni dalam BITD(Database), Kak Lia BITS(Software), Azila, Norlin, Dalila BITM(Multimedia)...bukannya aku tidak rapat dengan yang lain di sini, memandangkan kami kebanyakannya sebaya dan sejak dari poli lagi kami kenal dan kawan sekelas..merekalah yang lebih banyak mengenal hati budiku..
Segalanya kami berkongsi cerita suka dan duka..pahit dan manis..kami kongsi bersama...andai kata ada yang 'makan dalam' tu sudah lumrah ada tempat yang sepatutnya 'melaser', bukan kerana membenci tapi sebagai nasihat 'sendiri mau ingatla kawan'..bukan mau merosakkan..tetapi menegur mana yang perlu..tak selamanya kita berada di atas...memandangkan ibu bapa di kampung halaman..sahabat terdekatlah yang mengambil tau hal kita...menasihat kita..membantu kita..tak lupa juga mereka jugalah yang memantau segala aktiviti kita..bukan sebagai 'kaki penyibuk' tetapi demi sebuah persahabatan yang ikhlas dan tulus yang tidak mahu melihat sahabatnya rosak maupun terumbang-ambing dek ombak kancah dunia yang pelbagai ragam..terpulang pada individu terbabit untuk menerima atau tidak...
Sekurang2nya di rantau orang perlulah kita beringat ibu dan ayah serta keluarga di kampung mengharapkan sinar kejayaan seorang anak yang menuntut ilmu tidak kira walau di mana jua..
Duduk di hadapan dari kiri-Dalila(MRs. Firdaus)-Jangan marah ye Ila chayang.., Erni di tengah2 dan Azila..Duduk di elakang, dari kiri Kak Lia, Aini, Ana dan Aku..
Di atas ini kutitipkan beberapa gambar kenangan terakhir bersama Dalila sebelum beliau bergelar Puan Dalila @ Mrs. Firdaus tidak berapa lama lagi...gambar diatas dirakam sebagai kenang-kenangan pada malam akhir tamat last exam paper-keusahawanan...
Kami pergi makan malam di D'nangka..makan sambil borak2 macam cerita sehinggalah kepada perbincangan persiapan perkahwinan Dalila..tak sabar menanti hari Dalila naik pelamin..kami happy sangat, ketawa dengan senang hati tanpa memikirkan sekeliling..hehehe..
Dah makan2..asalanya rancangan nak pergi Zoo Melaka melawat Night Safari..last2 kami putuskan setelah makan kami lepak sahaja di perkarangan Graha Makmur(MBMB) bersebelahan JJ Melaka..macam2 yang kami bualkan..akula paling teruk diketawakan..maklumlah semua kaki menyakat dan melawak..sume tak kering gusi...itulah antara kenangan yang tak dapat aku lupekan...
Di atas merupakan kad jemputan undangan perkahwinan Dalila and her Mr. Right-Firdaus(P/S-kepada Dalila..jangan marah ye sahabatku chayang..aku tolong promotekan undangan ko, jaga Firdaus elok2..u are one of the lucky girl in the world dapat orang seperti Firdaus). Mereka akan dilansungkan pada 30 Mei 2009..
Semoga kalian bahagia sehingga ke anak cucu..
Sebelum aku akhiri penulisan ku kali ini..kutitipkan beberapa rangkap pantun:
Orang berkain menutup aurat,
Sesuai dengan petua hadis,
Orang muslimin hidup beradat,
Lakunya sopan mukanya manis.
Kalau ingat hidupkan mati,
Tentulah tak mau dengki khianat,
Kalau ingat perintah Ilahi,
Tentulah malu umpat mengumpat.
Kalau hendak mencari kawan,
Carilah kawan sehingga ke kubur,
Kalau hendak mencari Tuhan,
Patrilah iman banyakkan tafakur.
Jangan ditentang ibu dan bapa,
Bila ditentang badan melarat,
Jangan dibuang hukum dan syarak,
Bila dibuang datanglah laknat.
Kalau bercakap peliharalah lidah,
Kalau berjalan peliharalah kaki,
Kalau menghadap kepada Allah,
Luruskan iman sempurnalah hati.
Pantun adalah petikan dari Tesis Saudari Siti Halimatun Saadiah Bt Azam-Sesi 08/09 UM.
thnks mai..kite pun doakan semoga kalian semua cpt2 bertemu jodoh gak..amin..tp satu je nk komen, doa ar smpai keakhir hayat kami,xkan smpai ke anak cucu jer..hehe..nnti jgn lupa dtg, ajak family skali..
ReplyDelete