~Sertai Saya~

Monday, May 25, 2009

Syurga Cinta...


Salam buat para pengunjung blog ku yang budiman..kali ni aku nak memberi komen tentang filem arahan terbaru Ahmad Idham, idea asal tak lain tak bukan David Teo..
http://www.emocutez.comApa yang ingin aku nyatakan di sini, memang ini adalah antara karya terbaik oleh Ahmad Idham sepanjang awal tahun 2009 yang begitu menyerlah sekali..Jalan cerita yang boleh dijadikan panduan sesama kita dalam mencari jalan yang lebih diredhai yang hidup di muka bumi ini..Ia bermula, bagaimana Ilham(Awal Ashaari) yang dulunya hidup terumbang-ambing, terlampau mengejar keseronokan dunia, lupa kepada-Nya dan bagaimana akhirnya ia berubah setelah bertemu cinta yang penuh keikhlasan, ketulusan dan mengenal erti cinta sebenar setelah bertemu dengan Cikgu Syuhada(Heliza)..Filem ini ada sedihnya, dukanya, seronoknya, cintanya.. tidak kurang juga dengan lawak bersahaja yang ditampilkan oleh Awal sebagai abang kepada adik Ikmal(lakonan Hadziq Tom Tom Bak) yang petah dalam berkata2 dan sering mengucapkan 'Astagfirullahhalazim' sekiranya menyedari sebarang kesilapan yang dilakukan maupun apa yang dituturkan..

Apa yang menariknya lagi kata2 kiasan dan bait2 kata yang terungkap di dalam skrip filem ini..semuanya membawa maksud yang tersirat dan sangat berg
una dalam suatu ikatan yang berlandaskan ISLAM..http://www.emocutez.com

Antara bait2 kata yang saya suka ialah....http://www.emocutez.comkhas untuk anda pelawat blog saya..

  • "Jadilah seorang wanita di dalam kaca yang sukar disentuh, hanya orang yang mampu saja memilikinya..
  • "Allah hilangkan matahari, kemudian turunkan guruh dan petir, kita semua tertanya-tanya dimanakah matahari itu, tanpa kita sedari Allah berikan kita pelangi yang indah.."
  • "Carilah rezeki selagi kamu menongkat dunia, anggaplah sepertimana kamu mati pada esok hari.."
  • "Allah tidak memandang kepada rupa & pakaian seseorang tetapi Allah memandang pada hatinya.."
Di bawah ini merupakan skrip paling menarik sekali pada pandengaranku dan ia dituturkan oleh datuk Cikgu Syuhada kepada Ilham..

Jodoh terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama..jodoh dari syaitan, di mana si lelaki dan perempuan bertemu, berpegangan tangan dan seterusnya melakukan maksiat,si perempuan mengandung, lalu si lelaki menikahi si perempuan. Jodoh kedua ialah jodoh dari iblis yang mana si lelaki menyukai si wanita, tetapi si wanita tidak menyukai si lelaki, lantas si lelaki meminta bantuan bomoh yang menggunakan khidmat jin supaya si wanita menyukai si lelaki..lantas si lelaki menikahi si wanita berkenaan..cinta yang ketiga adalah cinta yang kekal abadi yang mana ianya cinta dr Allah s.w.t..yang mana si lelaki menikahi si wanita dengan cara yang sah dan itulah dikenali sebagai "SYURGA CINTA"..

Menarik bukan...terpulang pada pengunjung sekalian untuk menilai sendiri filem ini...Untuk pengetahuan semua aku bukanlah pergi menonton bersendirian tetapi aku pergi berenam dengan kesemua kawan baikku iaitu
Erni, Kak Lia, Azila, Aini dan Sr..tak cukup corum lagi sebenarnya..Ana tidak menyertai kami...http://www.emocutez.comKami pergi menonton di MBO Melaka Mall..

Sinopsis cerita ini dipetik dari Facebook Heliza sendiri:

Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Awal Ashaari (Irham), Heliza Helmi (Syuhadah), Hadziq (Ikmal), Hisham Ahmad Tajuddin (Datuk), Mustafa Kamal (Tan Sri Zakaria) dan Dian P.Ramlee (Pn. Sri Mahani).

Sinopsis
Irham, berusia lewat 20-an anak kepada Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan berkerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.

Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang Muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupum hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ‘misi’nya. Melihat ‘ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang.

Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari dia telah menunaikan tanggunjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma “suka-suka” dan bukanya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku??


http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Kepada anda yang teragak-agak untuk menonton filem ini jangan khuatir ia pastinya memberi impak berguna kepada kita semua dan pastinya ia tidak mengecewakan..insya-Allah...selamat menonton...Salam "Syurga Cinta"..

4 comments:

  1. Oh...kena tengok gak citer ni...Akak minat giler dgn awal ashaari ni..

    ReplyDelete
  2. br jer tgk smlm..kat megamall kuantan.. mmg best.. penuh dgn humor & pengajaran

    ReplyDelete
  3. yup citer nie best giler..begitu menyentuh perasaan..

    ReplyDelete
  4. mcm best je kak mai.... thanks for the info..

    ReplyDelete

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker