~Sertai Saya~

Thursday, May 14, 2009

Lab JaVa di Kampus UTeM Durian Tunggal, Melaka

Salam buat para pelawat blog budiman..hari ni merupakan hari ke2 ku belajar JAVA. Makmal hari ni sehinggalah habis semester ini bertempat di Makmal Aplikasi Elektronik Kuasa, Bangunan Fakulti Kejuruterann Elektrik(FKE), Kampus Utama Durian Tunggal, Melaka. Merasa juga akhirnya belajar di kampus DT(short form bg Durian Tunggal) walaupun bukan di dalam fakulti sendiri FTMK(Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi)...FTMK masih dalam proses mengecat dan proses2 pengindahan yang lain..

Gambar di atas adalah sedikit gambaran di sekitar kampus DT..kebanyakannya masih dalam proses pembinaan..:woooh::inlove:antara banyak2 bangunan tentulah bangunan FTMK yang agak gah, sebab para pengunjung akan memandang pertama sekali ke arah fakulti kitorang..gambar fakulti tak dapat nak snap tadi..nantilah di entry yang lain..akan ku ceritakan serba sedikit keadan kampus DT yang masih di dalam proses pembinaan..

Gambar di atas merupakan makmal di mana kitorang mengaplikasikan ilmu JAVA yang dipelajari..memandangkan juruteknik bagi makmal ini tiada hari ni jadinya kitorang semua berpindah ke makmal sebelah...Nak tau tak, aku dan beberapa orang rakan yang lain sesat pada awalnya sebelum sampai ke makmal ni..dahla budak2 kejuruteraan ni banyak makmalnya..turun naik turun naik bangunanla mencari..tanya pada orang..tak pasal2 salah arah yang ditunjukkan..kalo tak ketawakan orang tak mengapa, aku pun tak tau mamat tu ketawakan kami, itupun kawan aku yang bagitau ..bengang betul dengan orang macam ni..:eheh::galit:

Disebabkan aku ni pelajar aku buat manis muka

jela bila lalu balik depan mamat2 tu..pastu boleh kata..'silap ye???'..huh...sabar jela..orang nak cepat main-main pulak..dah jenuh turun naik turun naik bangunan masa kat depan 1 makmal ni ada seorang juruteknik(encem pun encem..hehehe) baru nak buka pintu makmal, jadinya kawan aku Ella la yang bertanya..rupa2nya bangunan atas 1 lagi...adoi.:tsk::sweaty: nak belajar punya pasal apa juga cabaran dan dugaan harus kami redah dan terjah...

Akhirnya..selamat juga tiba di makmal berkenaan..sebelum aku akhiri nukilanku kali ini..aku titipkan beberapa gambar ketika aku dan kawan2ku berada di dalam makmal..:woooh::woooh:

Gambar2 di atas semuanya masa sibuk menginstall JAVA dalam makmal ni..server lambat..semua kerja jadi lambat..akhirnya JAVA berjaya diinstall dan kami semua meneruskan latihan makmal yang diberi..syukur dapt buat yang basic2 ni..diharapkan latihan makmal akan datang semuanya dapat dilaksanakan dengan baik..Cukup dulu setakat ini, akan kunukilkan lagi untuk tatapan bersama...:wave:


No comments:

Post a Comment

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker