~Sertai Saya~

Tuesday, May 19, 2009

“Kisah Seorang Budak Pencuci Pinggan”

Apa yang aku nukilkan di sini adalah sebagai renungan dan pengajaran bersama supaya ianya dapat menyuntik semangat sesiapa sahaja yang hampir putus asa ataupun pasrah dengan apa yang berlaku..Sebagai manusia yang dianugerahkan tubuh badan yang sempurna serta akal fikiran yang sempurna, marilah kita renung bersama kisah dibawah ini..Kisah ini merupakan kisah benar yang aku petik daripada salah satu blog yang aku ikuti, iaitu pengalaman sendiri blogger berkenaan iaitu saudara Rohaizad.com


Ini bermula sekitar tahun 2004-2005 di mana pada waktu itu aku sudahpun mempunyai gerai makanan (Asam Pedas Corner) di Johor Bahru.

Pada waktu itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana susah-senang dan jatuh-naiknya perniagaan yang cukup mendapat saingan ini.

Dengan hanya 4 orang yang bertungkus lumus berniaga, setiap hari rasanya macam nak patah tulang belikat ini.

Pekerja cuma 4 orang.
Aku, emak aku, kakak aku dan seorang budak cuci pinggan. Emak aku di dapur, kakak aku bahagian air manakala budak cuci pinggan ini 24 jam berdiri di sink untuk kerja-kerja pembasuhan. Aku tidak pernah ada gaji tetap kerana kadang-kadang cuma balik modal je.

Kalau lebih, itulah masanya nak tolak tepi duit sewa kedai, bil air, bil api dan jugak gaji orang lain. Cuba bayangkan satu perkara, gaji budak cuci pinggan ini cuma RM16.00 sehari kerana itulah yang termampu aku bayar!

Adakah aku zalim?
Tidak!

Aku tidak zalim. Tapi kalau orang katak aku zalim sekalipun, aku tidak kisah. Aku takde hal. Malah aku langsung tidak ambil peduli kerana pada waktu itu, yang penting sekali ialah duit itu datangnya dari rezeki yang HALAL. Cuma yang membuatkan aku terkilan, budak cuci pinggan ini adalah seorang lepasan Diploma Sains Komputer UITM Segamat dan perempuan pulak tuh!

Pendek kata, tempatnya bukanlah di sini. Dia berhak mendapat peluang yang lebih besar lagi di tempat lain tapi budak perempuan ini cukup sabar dan cool. Walhal, dia pernah bekerja di sektor kerajaan tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerana tidak tahan dengan ATTITUDE penjawat awam yang lain. Dia adalah seorang yang produktif, bukan selective. So takde kroni ataupun perkataan bodek dalam kamus hidup dia. Itu yang aku cukup respek dengan budak ini.

Tapi jodoh aku dengan dia tidak lama (weyy… bukan ‘jodoh’ itu haaa…) kerana saban hari, aku makin dapat rasakan bahawa perniagaan aku ini tidak akan dapat bertahan lama. Dan pada waktu genting itulah datangnya inisiatif aku untuk mengetahui tentang dunia internet. Di situlah dunia blogging aku bermula. Aku study seorang diri (Home Alone).

Tidak lama selepas itu, perniagaan yang aku sayang itu collapsed.

Aku memang tidak boleh kenyataan itu kerana semua hasil dan titik peluh hanyut begitu sahaja. Modal perniagaan pun tidak sempat hendak di tarik.

Tetapi keputusan harus dibuat demi kebaikan semua. Maka aku dengan redha menerima takdir bahawa pada waktu itu rezeki aku bukanlah di dalam bidang perniagaan makanan dan aku terpaksa mencari hala tuju sendiri.

Sama juga yang berlaku pada budak cuci pinggan itu. Apa yang aku boleh buat hanyalah sekadar memberitahu akan apa yang akan terjadi. Aku tidak terdaya melakukan apa-apa lagi kerana kehidupan harus diteruskan.

Dan satu nasihat sahaja yang aku sempat beritahu pada budak cuci pinggan itu “dalam apa jua bidang, buat betul-betul”. Aku tidak pasti sama ada dia ingat lagi pada pesanan aku itu atau tidak tapi yang pasti, aku pernah cakap pada dia.

Kemudian, hampir bertahun lamanya aku tidak berjumpa dengan budak cuci pinggan aku itu. Kalau berjumpa pun, ianya sekadar begitu sahaja sebab aku tahu dia dah kahwin. Aku juga tidak berapa nampak karier dia, begitu juga dengan dia (maklumlah kerja aku pun di rumah je). Cuma rasa “kalah” itu ada sebab perniagaan aku jatuh dan dia terpaksa menerima kesannya.

Dan semalam, dia bertandang ke rumah aku dengan anaknya yang berumur 3 tahun. Tetapi kali ini, dia sudah lain. Dia benar-benar lain. Dia bukan lagi seorang pencuci pinggan, dia bukan lagi seorang budak yang kutip gelas minuman orang lain tetapi dia adalah SEORANG YANG TELAH BERJAYA!!!

Selama beberapa tahun selepas dia berhenti kerja dari gerai makanan aku itu, dia menceburi pula bidang INSURANS. Selama itu jugalah dia berazam dan bertekad untuk tidak mahu hidup susah dan niat untuk mengubah taraf kehidupannya begitu kuat dan sungguh tebal di dalam hati serta sanubari.

toyota-camry.jpg

Kini dia memakai kereta yang sama nilainya dengan kereta Menteri Besar Perak dan rumah yang bukan calang-calang harganya. Sebut sahajalah Taman Pulai Utama, siapa sahaja tak tahu harga rumah di situ… semua orang tahu itu adalah kawasan rumah elit. Dan lebih menarik lagi, usianya lebih muda dari aku!

Aku bangga?
Aku malu?

Benar… aku BANGGA kerana pendapatannya bulanannya dah pun melebihi RM15,000.00. Dan aku juga merasa MALU kerana dulunya aku BOS dia, sekarang dia lebih berjaya dari aku.

Tapi apa yang membuatkan dia berjaya?
Mudah sahaja. Dia hanya berbekalkan niat, fokus, semangat dan doa yang tidak pernah putus. Dan inilah yang susah hendak kita wujudkan di dalam hati kita. Dan kini, aku kembali mendapat suntikan motivasi kerana DIA DAHULUNYA adalah SEORANG BUDAK PENCUCI PINGGAN!!! Pekerja aku pulak tuh!!!

Tapi perasaan sebegitu bukanlah sesuatu yang NEGATIF. Sebaliknya ianya adalah POSITIF kerana dia juga pelik bagaimana orang BUTA IT macam aku ini boleh duduk dalam bidang ini. Dan kata-kata itu jugalah yang membuatkan aku semakin bersemangat sebab tiada bezanya aku dengan dia. Yang dia dan aku buat adalah satu perkara yang berada di luar kemampuan masing-masing (secara logik) tetapi masing-masing berjaya melakukannya. Kuncinya di sini adalah diri sendiri.



Menarik bukan..semua perkara akan menjadi tanpa usaha berpanjangan..Aku dalam cerita adalah saudara Rohaizad, antara blog yang aku menjadi 'follower'nya..
Renung-renungkan..DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN, ROME WAS NOT BUILD IN A DAY(KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK TANPA USAHA), BUKAN SENANG NAK JADI SENANG, BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH...

2 comments:

  1. Maihani,

    Terima kasih kerana sudi berkongsi kisah kejayaan seorang budak pencuci pinggan dengan pembaca kamu yea. Moga ramai yang akan dapat pengajaran dari kisah benar ni.

    Thanks again :)

    ReplyDelete

~DiRiKu & Rakan-RakAN SeangKatAN~

SiLa LiHat JuGa...

Blog Widget by LinkWithin

~MEnJelanG UlangTahun AhLi KeLuArGa SaYa~

Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker
Daisypath Vacation Ticker